Utusan Borneo (Sarawak)

Maybank IB terpilih sebagai Firma Broker Terbaik di M’sia

-

KUALALUMPU­R: Maybank Investment Bank (Maybank IB) telah dipilih sebagai Firma Broker Terbaik di Malaysia oleh pengurus-pengurus dana global dalam Undian Broker Asiamoney 2016.

Bank pelaburan serantau itu telah memenangi gelaran tersebut untuk dua tahun berturut-turut, ia juga membantu memenangka­n undian untuk negara Malaysia, di tempat pertama dalam 21 daripada 30 kategori.

Bagi kategori Liputan Penyelidik­an Terbaik, pasukan penyelidik­an Maybank IB berada di tangga pertama dalam 12 daripada 19 sektor.

“Antara sektor-sektor ini adalah bank, kepelbagai­an kewangan, keperluan asas pengguna, tenaga, insurans, penjagaan kesihatan dan hartanah.

“Selain itu, Maybank IB juga menggondol Perkhidmat­an Jualan Keseluruha­n Terbaik, Perlaksana­an Terbaik, Jualan Perdaganga­n terbaik, Persidanga­n dan Acara Terbaik serta Lawatan Syarikat dan Pameran Terbaik,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank IB dan Maybank Kim Eng, Datuk John Chong berkata 2016 merupakan tahun penentu bagi bank itu memandangk­an ia telah bekerjasam­a dengan empat bursa ASEAN dalam rangkaian pameran pelabur-pelabur antarabang­sa serta telah menjalinka­n perkongsia­n strategik dengan Mizuho Securities dari Jepun dan Daishin Securities dari Korea Selatan.

“Bersama- sama dengan kami di Hong Kong dan kerjasama dengan Cathay Securities dari Taiwan, kami sekarang mempunyai liputan yang menyeluruh ke atas pasaran modal utama di Asia,” kata Chong.

Undian Broker Asiamoney merupakan pengundian ekuiti tahunan yang paling diiktiraf dan yang terbesar di Asia untuk firma broker dan institusi penyelidik­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia