Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta galak masyarakat luar bandar ceburi industri sarang burung walit

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Kerajaan harus melihat industri sarang burung walit untuk menjana pendapatan khususnya masyarakat luar bandar di negeri ini.

Menurut pengarah urusan sebuah syarikat pemprosesa­n sarang burung walit di sini - Wing Shen Food Industries Sdn Bhd, Wong Nguie Jin, ia kerana sarang burung walit mempunyai nilai pasaran dan permintaan yang sangat tinggi.

“Kerajaan harus menggalakk­an terutama masyarakat luar bandar untuk terlibat dalam industri sarang burung walit dengan menyediaka­n bantuan atau sokongan kepada mereka untuk membina ‘rumah burung walit’.

“Ini kerana kawasan luar bandar mempunyai potensi yang sangat baik untuk menjalanka­n aktiviti ini di mana ia diyakini mampu menjana pendapatan yang lumayan,” katanya ketika ditemu bual, semalam.

Beliau menambah pada masa ini, terdapat kirakira 4,000 pengusaha rumah burung walit di seluruh Sarawak.

Bagaimanap­un, katanya pengeluara­n sarang burung walit dari negeri ini masih begitu rendah dengan hanya 300 kilogram sebulan, di mana ia tidak mencukupi untuk menampung permintaan di peringkat global terutama dari China termasuk Taiwan, Kanada, Amerika Syarikat dan Australia.

“Lebih 70 peratus pasaran sarang burung walit adalah di China, di mana mereka mengimport sebanyak lima tan sebulan dari Malaysia selain dari Indonesia dan Thailand,” katanya.

Wong berkata, harga pasaran sarang burung walit pada masa ini juga tinggi iaitu mencecah RM6,500 sekilo (yang sudah diproses).

 ??  ?? LUMAYAN: Wong menunjukka­n produk sarang burung walit yang dihasilkan oleh syarikatny­a.
LUMAYAN: Wong menunjukka­n produk sarang burung walit yang dihasilkan oleh syarikatny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia