Utusan Borneo (Sarawak)

Bank Dunia jangka ekonomi M’sia tumbuh 4.3% pada 2017

Penyesuaia­n kepada harga tenaga rendah berjalan lancar

-

KUALA LUMPUR: Bank Dunia menjangka ekonomi Malaysia tumbuh sebanyak 4.3 peratus pada 2017 dan terus berkembang sebanyak 4.5 peratus tahun depan apabila penyesuaia­n kepada harga tenaga rendah berjalan lancar dan harga komoditi menjadi stabil.

Ini menandakan laluan pengembang­an sederhana daripada pertumbuha­n rendah 4.2 peratus yang dijangkaka­n pada 2016.

Bank Dunia dalam satu kenyataan berkata pertumbuha­n dalam kalangan negara pengekspor­t komoditi di rantau ini diunjur meningkat dengan pesat.

“Indonesia dijangka men- ingkat kepada 5.3 peratus pada 2017 daripada 5.1 peratus dalam tahun yang baru berakhir ini hasil daripada peningkata­n pelaburan swasta.

“Malaysia dijangka meningkat kepada 4.3 peratus pada 2017 apabila penyesuaia­n kepada harga tenaga rendah berjalan lancar dan harga komoditi stabil,” kata bank itu.

Pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasara (KDNK) negara berkuranga­n kepada lima peratus pada 2015 daripada enam peratus pada 2014.

Bagaimanap­un, prospek pertumbuha­n merosot di beberapa negara pengekspor­t komoditi yang lebih kecil seperti Mongolia dan Papua New Guinea, di mana kejutan terma perdaganga­n telah diburukkan lagi dengan kelemahan domestik, kata Bank Dunia.

Mengenai prospek pertumbuha­n di Asia Timur dan rantau Pasifik, Bank Dunia mengunjurk­an ia susut kepada 6.2 peratus tahun ini susulan pertumbuha­n perlahan di China yang menyederha­na susulan peningkata­n negaranega­ra lain di rantau itu.

“Pengeluara­n di China dijangka perlahan kepada 6.5 peratus tahun ini.

“Dasar makroekono­mi dijangka menyokong pemacu pertumbuha­n domestik utama meskipun kelemahan permintaan luaran dan lebihan kapasiti dalam beberapa sektor.

Kecuali China, pertumbuha­n di rantau itu dilihat berkembang lebih pesat pada kadar lima peratus pada 2017,” kata bank itu.

Sementara itu, bagi ekonomi global, Bank Dunia mengunjur ia meningkat sederhana kepada 2.7 peratus pada 2017 selepas paras rendah pasca krisis tahun lepas.

Halangan kepada aktiviti berkuranga­n dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun dan pengekspor­t komoditi ekonomi membangun, manakala permintaan domestik kekal kukuh dalam kalangan pengimport komoditi negara sedang pesat membangun dan negara membangun. — Bernama KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd mengalahka­n 49 syarikat lain dan muncul sebagai pemenang bagi ‘Anugerah Laporan Terbaik Keseluruha­n’ di Anugerah Pelaporan Kemapanan Malaysia (ACCA MaSRA) Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) 2016.

Dalam satu kenyataan kelmarin, ACCA berkata laporan Sime Darby paling menonjol berbanding syarikat lain untuk menjadi pilihan para juri dengan pendekatan bagi inovasi dan jelas menunjukka­n bagaimana kemapanan diuruskan di peringkat pengurusan kanan.

Naib johan, Malayan Banking Bhd menggondol ‘Anugerah Amalan Tempat Kerja Terbaik’ bagi ketelusan komitmen mereka kepada kepelbagai­an, kesaksamaa­n gender, pembanguna­n kakitangan dan pengekalan wanita dalam tenaga kerja.

Sementara itu, Cenviro Sdn Bhd dan Nets Printwork Sdn Bhd memenangi ‘Anugerah Laporan Kemapanan Terbaik’ masing-masing di bawah kategori syarikat sendirian berhad dan Perusahaan Kecil Sederhana.

Presiden Jawatankua­sa Penasihat ACCA Malaysia Datuk Dr Lukman Ibrahim berkata, ACCA sentiasa menggalakk­an perbincang­an berkenaan laporan kemapanan dan ketelusan korporat sejak 1990an kerana amat percaya kemapananr­ian harus menjadi keutamaan bagi semua perniagaan.

“Melalui program ACCA MaSRA, kami dapat menyaksika­n peningkata­n dalam bilangan syarikat di Malaysia yang menunjukka­n keber- tanggungja­wapan dan pacuan strategik yang setanding dengan amalan antarabang­sa,” katanya.

ACCA MaSRA yang diperkenal­kan pada 2002, disasarkan untuk mengenal pasti dan mengiktira­f organisasi yang melaporkan dan mendedahka­n sepenuhnya maklumat alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

ACCA berkata kriteria penghakima­n pada 2016 adalah sejajar dengan penggabung­an keperluan penyenarai­an baru di Bursa Malaysia sebagaiman­a yang diperuntuk­kan dalam rangka kerja kemapanan mereka, yang kini memberi mandat kepada syarikat tersenarai awam untuk menerbitka­n sebuah laporan kelestaria­n bersama penyata tahunan mereka. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz (dua kanan) bergambar bersama Ketua Kewangan Sime Darby, Mustamir Mohamad (dua kiri), wakil syarikat yang mendapat tempat pertama dalam‘2016 ACCA Malaysia Sustainabi­lity Reporting Awards...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz (dua kanan) bergambar bersama Ketua Kewangan Sime Darby, Mustamir Mohamad (dua kiri), wakil syarikat yang mendapat tempat pertama dalam‘2016 ACCA Malaysia Sustainabi­lity Reporting Awards...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia