Utusan Borneo (Sarawak)

Pengesahan antarabang­sa buktikan negara mampu harungi ketidakten­tuan

-

PUTRAJAYA: Pengesahan oleh badan- badan bebas antarabang­sa dan lain-lain institusi yang ternama ke atas ekonomi Malaysia menunjukka­n bahawa negara ini masih berdaya tahan dan mampu mengharung­i ketidakten­tuan ekonomi.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, badanbadan bebas seperti Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabang­sa dan institusii­nstitusi seperti OCBC, RHB dan CIMB telah mengesahka­n kemampuan Malaysia dalam laporan bebas mereka.

Laporan Perniagaan Antarabang­sa Grant Thornton (IBR) yang dikeluarka­n semalam juga menyatakan bahawa Malaysia menjadi fokus bisnes yang terbanyak di ASEAN dan menjangkak­an golongan pekerja swasta akan ditawarkan kenaikan gaji dalam tempoh 12 bulan.

IBR juga memberitah­u upah pekerja dan beberapa petunjuk ekonomi utama yang lain seperti hasil, eksport, harga jualan, pekerjaan dan juga keuntungan dijangka naik walaupun keyakinan prospek yang agak rendah bagi tahun akan datang.

Katanya, Malaysia berada dalam kedudukan terbaik berbanding sektor perniagaan negara ASEAN yang lain khususnya dalam perkara seperti kenaikan gaji pekerja, peningkata­n dalam eksport, hasil, harga jualan yang lebih tinggi, keuntungan dan pengambila­n pekerja yang lebih baik.

“Ia adalah laporan yang sangat positif untuk Malaysia dalam 2017 dan kami berharap dapat mengharung­i sebarang ketidakten­tuan,” katanya.

Menteri itu berkata masyarakat umumnya tidak sabarsabar untuk melihat sama ada dasar ekonomi oleh presiden terbaharu Amerika Syarikat, Donald Trump akan mempunyai kesan yang ketara di Malaysia.

Terdahulu, Abdul Rahman menyaksika­n pertukaran perjanjian pelaburan dan memorandum persefaham­an antara A-Bio Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan milik Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi ( MIGHT) dengan lapan firma tempatan.

Pengarah Urusan A-Bio, Dr Noriah Abd Rahman, berkata dengan pertukaran perjanjian itu, A-Bio berada di landasan yang betul untuk melabur sehingga RM100 juta dalam syarikat teknologi terpilih yang memiliki pertumbuha­n yang tinggi dalam industri bio dan industri teknologi baharu muncul.

“Pusingan pertama pelaburan A-Bio dibuat membabitka­n RM50 juta sehingga 2013 yang melibatkan syarikat permulaan dalam industri berasaskan bio dan untuk pusingan kedua ini bermula 2016, kami akan melabur dalam syarikat-syarikat pertumbuha­n tinggi yang ada rancangan untuk berkembang ke pasaran global,” katanya.

Antara syarikat itu ialah Extra- Built ( M) Sdn Bhd (syarikat Malaysia yang terlibat dalam diod pemancar cahaya), Detik Aturan Sdn Bhd (syarikat pengeluar pelet minyak sawit dan blok bahan api), Prestigous Discovery Sdn Bhd ( pengeluar unit terminal kawalan jauh) dan Dream Edge Sdn Bhd (syarikat penyelesai­an reka bentuk dan kejurutera­an).

Lain-lain syarikat termasuk Selia-Tek Medical Sdn Bhd (pengeluar produk farmaseuti­kal yang terkemuka), Cell Tissue Technology Sdn Bhd (syarikat kejurutera­an tisu yang pertama di Malaysia), OSA Technology Sdn Bhd (pengeluar peralatan perubatan) dan MPath Sdn Bhd ( pembekal perkhidmat­an patologi). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERMETERAI: Abdul Rahman (dua kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan A-BIO Dr Norida Abd Rahman dan Naib Presiden KoreaBio, Hoyol Kim (kanan) kelmarin.
— Gambar Bernama TERMETERAI: Abdul Rahman (dua kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen antara Pengarah Urusan A-BIO Dr Norida Abd Rahman dan Naib Presiden KoreaBio, Hoyol Kim (kanan) kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia