Utusan Borneo (Sarawak)

KDNK Malaysia dijangka meningkat kepada 4.5 peratus tahun ini: RAM

-

KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 4.2 peratus pada 2016, menurut RAM Rating Services Bhd.

Ahli Ekonominya, Kristina Fong, berkata pada beberapa tahun yang lepas, ekonomi Malaysia telah melalui banyak risiko penurunan dan cabaran.

Beliau berkata RAM melihat prospek penstabila­n pada petunjuk makro pada tahun ini.

“Misalnya, pada beberapa tahun yang lalu, kami melihat penggunaan swasta rendah dengan pelaksanaa­n cukai barang dan perkhidmat­an tetapi berkuranga­n selepas itu.

“Pada tahun ini, kami men- jangka keadaan buruh dan pertumbuha­n gaji yang lebih baik serta permintaan domestik yang pulih, menyokong prospek pertumbuha­n pada tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Indeks Keyakinan Perniagaan Malaysia pertama RAM di sini kelmarin.

Fong berkata terdapat peningkata­n pada permintaan luaran dengan petunjuk perdaganga­n menunjuk ke arah penstabila­n pada tahun ini.

Beliau berkata dengan permintaan domestik yang kukuh, ia menyumbang kepada unjuran KDNK yang lebih baik pada tahun ini.

Fong turut menjangka sektor elektrik dan elektronik akan mengukuhka­n eksport Malaysia pada 2017 dan terus kompetitif berbanding rakan serantau yang lain.

Sementara itu, katanya ringgit dijangka terus turun naik dengan tekanan penurunan pada separuh pertama 2017.

Ia dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini, katanya.

“Ringgit masih tidak menentu pada masa ini berikutan pelabur dalam pasaran masih mengambil kira jangkaan mereka, terutamany­a dengan kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat atau referendum ‘ British Exit’,” kata Fong.

Julat purata RAM bagi ringgit pada tahun ini berlegar antara empat dan 4.50 berbanding dolar AS, katanya, sambil menambah bahawa julat purata yang besar menunjukka­n ketidakten­tuan luaran yang dijangka RAM pada tahun ini.

“Dengan ketidakten­tuan yang meningkat, ia boleh berlegar melebihi 4.5 pada satu ketika tetapi jika kami melihat dari segi purata, ia dijangka dalam julat tersebut,” katanya.

Mengenai langkah Bank Negara Malaysia untuk membendung ringgit daripada terus jatuh, Fong berkata, ia pasti akan membantu untuk menstabilk­an ringgit tetapi kesan daripada langkah tersebut belum direalisas­ikan.

Bagi dasar monetari pada tahun ini, RAM percaya ia adalah optimum jika Kadar Dasar Semalaman kekal pada kadar semasa tiga peratus.

Inflasi turut dijangka naik sedikit susulan harga minyak yang meningkat dan ketidakten­tuan kadar pertukaran, kata Fong. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia