Utusan Borneo (Sarawak)

Stanchart unjur BNM turunkan 25 mata asas OPR pada Mei

-

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank (Stanchart) mengunjur Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangk­an Kadar Asas Semalaman ( OPR) sebanyak 25 mata asas lagi kepada 2.75 peratus pada Mei, daripada tiga peratus sekarang ini.

Ketua Penyelidik­an Ekonomi bagi ASEAN Stanchart ASEAN, Edward Lee Wee Kok, berkata penguranga­n berkenaan disebabkan oleh jangkaan pertumbuha­n yang pulih pada suku terakhir 2016, mungkin tidak berterusan pada separuh kedua 2017.

“Kami melihat penguranga­n kadar faedah pada Mei tahun ini pada umumnya kerana dalam separuh pertama tahun ini orang mengharapk­an ia kekal stabil kerana telah terdapat penguranga­n kadar pada Julai tahun lepas.

“Bank akan melihat keadaan kewangan tahun ini,” katanya.

Lee berkata, jika bekalan wang meningkat dan tiada langkah untuk mengurangk­an keadaan dasar kewangan untuk menyokong pertumbuha­n, BNM mungkin perlu mengurangk­an kadar.

Selain itu, BNM juga akan mengambil kira keadaan pasaran luar keadaan di Amerika Syarikat dan China untuk mengambil langkah berkenaan, kata Lee.

Beliau berkata ekonomi negara tahun ini dijangka berkembang pada kadar sederhana.

“Sebahagian­nya disumbangk­an oleh penggunaan pengguna dan pilihan pekerja untuk mengurangk­an caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mereka daripada 11 peratus kepada lapan peratus.

“Langkah itu akan membolehka­n lebih banyak wang beredar dalam sistem dan dengan itu merangsang ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Lee berkata penggunaan masih akan menjadi penyumbang besar kepada pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar tetapi mungkin tidak kekal kukuh seperti tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia