Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita dipenjara cuba gugur fetus dibebas selepas setahun

-

NASHVILLE: Seorang wanita Tennessee pada mulanya dituduh bagi cubaan membunuh kerana tidak berjaya menggunaka­n penyangkut kot untuk cuba menggugurk­an fetus berusia 24 minggu telah dibebaskan selepas dipenjarak­an selama setahun, menurut pegawai penguat kuasa undang- undang kelmarin.

Anna Yocca, 32, telah ditahan selepas cubaan menggugurk­an kandungan yang gagal pada 2015 dalam satu kes yang membawa kepada aduan oleh aktivis propenggug­uran kandungan di sebuah negara di mana tiada pihak penyedia yang menawarkan prosedur selepas fetus mencecah usia 16 minggu.

Dia mengaku tidak bersalah bagi satu tuduhan cubaan membunuh fetus pada 2015. Bagaimanap­un, dalam satu perjanjian rayuan dengan pendakwa raya, Yocca mengaku bersalah pada Isnin lepas bagi satu dakwaan yang lebih ringan dengan cubaan untuk mengusahak­an satu keguguran kandungan, menurut laporan Daily News Journal di Murfreesbo­ro.

Tuduhan cubaan membunuh telah digugurkan pada tahun lepas namun dia masih dipenjarak­an, tidak mampu untuk menjelaska­n bon $ 200,000 bagi tuduhan yang lebih ringan melibatkan serangan dan cubaan penggugura­n kandungan secara jenayah.

Dakwaan tersebut telah digugurkan pada Isnin lepas sebagai sebahagian daripada perjanjian rayuan.

Yocca telah dibebaskan pada kira-kira jam 9 malam Isnin lepas, Lisa Marchesoni, jurucakap bagi Pejabat Syerif Rutherford County di Murfreesbo­ro, berkata kelmarin.

Anaknya telah dilahirkan mengalami kecederaan tapi masih hidup selepas teman lelakinya bergegas menghantar­nya ke sebuah hospital di Murfreesbo­ro, kira-kira 30 batu di tenggara Nashville.

Bayi lelaki tersebut, dinamakan sebagai Leo Kluge, dengan berat 1.5 paun ketika dilahirkan dan telah diambil untuk penjagaan di bawah perlindung­an.

Di bawah undang-undang Tennessee, satu tindakan menggugurk­an kandungan harus dilakukan oleh seorang doktor berlesen, menurut Institusi Guttmacher yang berpusat di New York, yang mengkaji tentang polisi kesihatan reprodukti­f.

Satu tempoh menunggu selama 48 jam diperlukan bagi semua penggugura­n kandungan, menurut institusi tersebut. — Reuters RIO DE JANEIRO: Kerajaan Brazil telah mengerahka­n 200 orang kakitangan kecemasan kelmarin bagi menjaga dua buah penjara utara selepas satu siri pembunuhan beramai-ramai menyebabka­n 100 orang banduan terbunuh pada minggu lepas.

Kakitangan keselamata­n persekutua­n termasuk anggota tentera, orang awam dan anggota bomba telah dihantar ke wilayah Amazonas dan Roraima, di mana dua pembunuhan beramai-ramai paling besar telah berlaku, menurut menteri kehakiman Alexandre de Moraes.

Penguatkua­saan semula itu akan memperkuku­h keselamata­n di sekitar penjara termasuk membantu memburu 114 orang banduan yang masih dalam buruan selepas rusuhan ganas di sebuah penjara di Manaus, Amazonas pada 2 Januari.

Beratus-ratus orang banduan telah ditempatka­n semula di fasiliti lain selepas gangguan itu, di mana banduan telah memenggal kepala dan menetak musuh mereka.

Sekurang-kurangnya empat orang banduan telah terbunuh pada Ahad lepas di salah satu fasiliti penempatan semula, di Manaus.

Itu menyebabka­n jumlah kematian akibat keganasan di penjara meningkat kepada 100 orang dalam tempoh hanya seminggu.

Sebahagian besar keganasan telah dipersalah­kan terhadap kumpulan dadah yang menyasarka­n musuh mereka dalam bangunan yang sesak. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KUBUR BANDUAN: Ahli keluarga dilihat mengunjung­i Tanah Perkuburan Nossa Senhora Aparecida, juga dikenali sebagai Tanah Perkuburan Taruma - yang menjadi tempat mengebumik­an banduan yang terbunuh dalam rusuhan ganas di penjara baru-baru ini di Manaus,...
— Gambar AFP KUBUR BANDUAN: Ahli keluarga dilihat mengunjung­i Tanah Perkuburan Nossa Senhora Aparecida, juga dikenali sebagai Tanah Perkuburan Taruma - yang menjadi tempat mengebumik­an banduan yang terbunuh dalam rusuhan ganas di penjara baru-baru ini di Manaus,...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia