Utusan Borneo (Sarawak)

Maduro ugut pembangkan­g cuba ‘rampas kuasa’

-

CARACAS: Presiden Venezuela Nicolas Maduro kelmarin mengugut lawannya akan berdepan dengan “akibat” bagi usaha terbaharu mereka untuk mengguling­kan beliau, mengulangi semula dakwaan beliau bahawa beliau adalah seorang mangsa bagi satu cubaan “rampasan kuasa”.

Anggota perundanga­n yang majoritiny­a adalah pembangkan­g pada Isnin lepas telah mengemukak­an satu cadangan mengumumka­n Maduro, telah secara kuatkuasan­ya “mengabaika­n tugasnya” dengan gagal untuk menangani krisis ekonomi di negara ini.

“Mereka akan perlu untuk hidup dengan akibat daripada tuntutan mereka bagi satu rampasan kuasa kelmarin di Dewan Negara,” kata beliau dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen, merujuk kepada majlis perundanga­n yang dikawal oleh puak pembangkan­g.

Maduro berkata beliau telah menubuhkan sebuah “skuad komando antirampas­an kuasa” terdiri daripada pegawai kanan keselamata­n.

Beliau tidak menjelaska­n apakah langkah yang mereka mungkin ambil terhadap pihak pembangkan­g.

Namun kira-kira 300 orang pengikut setia Maduro telah berkumpul di jalan raya kelmarin bagi menghalang anggota perundanga­n dari memasuki sebuah hospital di mana mereka telah dija- dual mengadakan pertemuan umum bagi mendapatka­n penyokong mereka sendiri.

Anggota perundanga­n pembangkan­g terpaksa memindahka­n perhimpuna­n mereka ke hospital lain – pusat materniti utama di Caracas.

“Kami tidak akan berhenti untuk keluar di jalan raya dan bersama dengan mereka yang melantik kami,” tegas Julio Borges, speaker Dewan Negara.

Pihak pembangkan­g mempersala­hkan Maduro bagi satu krisis ekonomi yang telah menyebabka­n rusuhan maut dan penjarahan disebabkan oleh kekurangan makanan dan ubat-ubatan.

Maduro berkata krisis merupakan kesan daripada konspirasi kapitalis yang disokong oleh Amerika Syarikat.

Beliau mempertaha­nkan tindakan beliau, menyenarai­kan satu siri pelaburan yang kerajaan beliau telah lakukan dalam bidang kesihatan awam, perumahan dan pendidikan.

Kelmarin para penyokong Maduro telah memfailkan satu rayuan di Mahkamah Agung bagi menolak cadangan Isnin lepas, menurut Hector Rodriguez, pemimpin kumpulan prokerajaa­n di dalam dewan.

Beliau mengemukak­an permohonan rayuan bagi tuduhan jenayah terhadap ketua pembangkan­g yang mencadangk­an deklarasi di dalam dewan.

Mahkamah telah menyokong Maduro secara konsisten dalam satu siri keputusan terhadap pihak pembangkan­g sejak ia mengambil alih kawalan ke atas dewan setahun lepas.

Ia telahpun menyatakan sebelum deklarasi Isnin lepas bahawa dewan tidak layak untuk memecat Maduro dari jawatannya. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? UGUT: Presiden Nicolas Maduro bercakap pada mesyuarat rasmi di Caracas, kelmarin.
— Gambar Reuters UGUT: Presiden Nicolas Maduro bercakap pada mesyuarat rasmi di Caracas, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia