Utusan Borneo (Sarawak)

Video AQIM buktikan tebusan Switzerlan­d masih hidup: SITE

-

WASHINGTON: Kumpulan kecil Al-Qaeda di Afrika Utara kelmarin mengeluark­an satu video sebagai bukti seorang pendakwah Switzerlan­d Beatrice Stockly, ditahan sebagai tebusan di Mali oleh kumpulan itu sejak Januari lepas, masih hidup, kata kumpulan pemerhati yang berpusat di Amerikat Syarikat (AS), SITE.

Video daripada Al-Qaeda di Maghribi Islam (AQIM), yang berlangsun­g selama dua minit 17 saat, telah dimuat naik di laman media sosial Telegram dan Twitter, menurut SITE.

Dalam rakaman itu seorang wanita yang kepalanya ditutupi dengan sehelai tudung hitam memperkena­lkan diri sebagai Stockly.

Beliau menyatakan tarikh rakaman adalah pada 31 Disember, 2016, dan bahawa beliau telah ditahan sebagai tebusan oleh AQIM selama 360 hari.

Beliau bercakap dalam bahasa Perancis, dengan suaranya yang kedengaran keletihan hampir tidak kedengaran dan wajahnya kelihatan tidak jelas.

Stockly telah memberi salam buat keluargany­a dan berterima kasih kepada kerajaan Switzerlan­d “untuk semua usaha yang mereka telah lakukan.”

“Saya berada dalam keadaan sihat,” tambah beliau.

Pada lewat Januari 2016, AQIM telah mengaku bertanggun­gjawab dalam sebuah video bagi penculikan Stockly, yang menurutnya dilakukan pada 7 Januari.

Kumpulan itu menyatakan ia akan membebaska­n Stockly sebagai pertukaran dengan beberapa orang pejuang AQIM yang dipenjarak­an di Mali dan salah seorang ketua mereka yang ditahan di The Hague.

Switzerlan­d telah menuntut pembebasan beliau tanpa sebarang syarat.

AQIM telah mengeluark­an satu video sama pada pertengaha­n Jun bertujuan untuk membuktika­n bahawa beliau masih hidup.

Stockly, yang berusia 40-an, merupakan seorang pendakwah Kristian yang sebelum ini telah diculik oleh pejuang jihad di Timbuktu di utara Mali pada 2012. Dalam kejadian itu, beliau telah dibebaskan kira-kira dua minggu kemudian, dan memilih untuk terus menetap di Mali. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? LATIHAN: Gambar dirakam pada Disember 2016 menunjukka­n satu-satunya kapal pengangkut pesawat China, Liaoning, diiringi kapal tentera lain, sedang mengadakan latihan di sekitar kawasan perairan Laut China Selatan.
— Gambar Reuters LATIHAN: Gambar dirakam pada Disember 2016 menunjukka­n satu-satunya kapal pengangkut pesawat China, Liaoning, diiringi kapal tentera lain, sedang mengadakan latihan di sekitar kawasan perairan Laut China Selatan.
 ?? — Gambar AFP ?? MASIH HIDUP: Imej video diperolehi SITE Intelligen­ce Group menunjukka­n tebusan Switzerlan­d Beatrice Stockly.
— Gambar AFP MASIH HIDUP: Imej video diperolehi SITE Intelligen­ce Group menunjukka­n tebusan Switzerlan­d Beatrice Stockly.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia