Utusan Borneo (Sarawak)

Video tunjuk lelaki Australia diculik di Yaman: SITE

-

DUBAI: Seorang lelaki Australia diculik di Yaman telah muncul dalam sebuah video meminta kerajaan untuk memenuhi permintaan penculik yang tidak dikenali, menurut sebuah badan pemerhati berpusat di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Video lelaki tersebut, dikenali sebagai Craig McAllister, menunjukka­n beliau memberi satu kenyataan dengan selaras senjata diacukan ke arah kepalanya.

Klip selama 12 saat telah dimuat naik bagi satu laman sesawang perkongsia­n fail pada 10 Januari, menurut SITE Intelligen­ce Group.

McAllister telah dijadikan sebagai tebusan di Sanaa yang ditawan oleh pemberonta­k pada September dan menyatakan dalam sebuah video dikeluarka­n pada Oktober bahawa beliau telah bekerja di Yaman sebagai seorang jurulatih bola sepak, kata pihak pemerhati.

Dalam video terbaharu, beliau tidak menyebut tentang apa yang dituntut oleh penculikny­a, namun dalam klip Oktober beliau berkata mereka ingin mendapatka­n wang.

Pemberonta­k Huthi Syiah menawan Sanaa pada September 2014, memaksa Presiden Abedrabbo Mansour Hadi dan kerajaanny­a untuk me- ninggalkan bandar utama.

Beberapa orang rakyat asing telah dijadikan sebagai tebusan di Yaman sepanjang 15 tahun, kebanyakan­nya oleh penduduk puak sebagai cip tawar-menawar dalam rundingan dengan kerajaan.

Hampir semua telah dibebaskan tanpa sebarang kecederaan.

Namun pada Disember 2014, wartawan AS Luke Somers dan guru Afrika Selatan Pierre Korkie terbunuh semasa satu cubaan gagal oleh pasukan komando AS untuk menyelamat­kan mereka dari sebuah tempat persembuny­ian Al-Qaeda di tenggara Yaman. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia