Utusan Borneo (Sarawak)

Drama Festival Kuala Lumpur 2017 kembali dengan tema #CeritaKita

-

DRAMA Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) kembali buat kali keempat dengan tema baharu iaitu ‘Cerita Kita’. Memperkena­lkan tema yang berbeza untuk setiap tahun, DFKL 2017 akan mengangkat tema #CeritaKita.

Tema ini lebih memberikan impak secara langsung kerana pengisiann­ya adalah refleksi kepada kehidupan seharian kita.

Mengulas mengenai tema yang dipilih tahun ini Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9, Sherina Nordin menjelaska­n, “Drama yang dipaparkan di kaca televisyen secara tidak langsung berkait rapat dengan kehidupan seharian penonton. Adakalanya kisah yang dipaparkan sama dengan realiti kehidupan penonton.

Oleh itu DFKL mengambil inisiatif memilih tema ini di mana orang ramai berpeluang membentang­kan idea dengan berkongsi memori, pengalaman dan kisah mereka sebagai sumber inspirasi untuk diterbitka­n sebagai drama.

Sehubungan itu DFKL 2017 menggalakk­an lebih banyak penyertaan untuk pertanding­an sesi kongsi di mana jalan cerita yang menarik berpeluang untuk diterbitka­n sebagai drama dan dibukukan.”

Antara tajuk-tajuk drama yang pernah diterbitka­n hasil daripada cetusan idea peserta pertanding­an sesi kongsi ini ialah Romantika Bulan Madu, Hajat, Jalan Taubat, Talak dan Kereta Kita. Tajuk drama ‘Kereta Kita’ ini berjaya dinobatkan sebagai Drama Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2016.

Selain dari pertanding­an sesi kongsi, DFKL mengekalka­n pertanding­an drama pendek peringkat awam, dan sekolah menengah. Tahun lalu merupakan kali pertama pertanding­an drama pendek peringkat sekolah menengah dianjurkan. Jika tahun lalu hanya Sekolah Seni Malaysia yang menghantar penyertaan, tahun ini dijangkaka­n penyertaan lebih menyeluruh daripada sekolah menengah di seluruh Malaysia.

Antara tarikan yang mendapat sambutan ramai ketika sesi jelajah dan festival DFKL diadakan ialah ujibakat lakonan. Ujibakat lakonan ini merupakan platform kepada sesiapa yang ingin menggapai impian sebagai anak seni.

Menerusi DFKL 2016, seramai enam pemenang DFKL telah dilahirkan iaitu Muhammad Syazuwan, (Syazuwan Hassan) , Amirul Faqim bin Ahmad Zulkepre (Amirul Faqeem), Muhammad Nafiz Muaz (Nafiz Muaz) , Hani Shuhanti (Shuhanty), Siti Hajar Iliyes (Jaja Iliyes), dan Nur Indah Emeerlda (Indah Emeerlda).

Sejak dipilih sebagai pemenang, mereka telah mula berlakon dalam beberapa drama di bawah arahan pengarah atau penerbit berpengala­man.

Antara drama yang melibatkan mereka adalah Ketupat Palas Mr. Handsome dan Mr. Donat Karamel (Syazuwan Hassan), Love You, Mr. Arang, Suamiku Paling Sweet, Mariam Alisa, Bagaikan Kelip-Kelip, Baju Berkancing Peniti (Amirul Faqeem), Sweetie Nanie, Amsyar (Nafiz Muaz), Nahu Rindu (Shuhanty), Meh! Sandar Pada Aku, 7 Hari Mencintaik­u (Jaja Iliyes), Sweetie Nanie, dan Jalan Balik Surau (Indah Emerrlda).

Selain daripada enam pemenang tersebut, pelakon utama drama Akasia, Sayangku Kapten Mukhriz iaitu Raja Afiq juga merupakan salah seorang bakat yang dicungkil menerusi DFKL siri pertama pada tahun 2014.

Komitmen dan kesungguha­n yang ditunjukka­n oleh Raja Afiq membuatkan ramai pengarah dan penerbit mengambiln­ya untuk berlakon dalam dramadrama mereka. Sikap positif yang ditunjukka­n ini, membuatkan beliau dipilih sebagai duta DFKL 2017.

Seperti tahun-tahun se- belum ini, DFKL sekali lagi menggabung­kan penggiat seni yang berkaliber untuk berkongsi pengalaman di bengkel DFKL yang akan dianjurkan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada 1 & 2 April 2017.

Antara panel yang akan terlibat ialah Jinggo, Michael Ang, Ogy Ahmad Daud, Nabila Huda, Fasha Sandha, Sabri Yunus dan ramai lagi.

Lebih menarik lagi, terdapat satu bengkel yang baharu bakal diadakan iaitu bengkel media sosial yang akan menampilka­n Mat Luthfi, Anwar Hadi & Takahara Suiko.

Demi merancakka­n lagi DFKL 2017, Siri Jelajah DFKL 2017 akan diadakan di mana ia akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui program yang direncanak­an dalam festival ini.

Pengunjung juga boleh membuat pendaftara­n awal untuk menyertai bengkel-bengkel DFKL 2017. Berlainan dengan tahun lepas, Siri Jelajah DFKL 2017 akan berada di tiga lokasi yang berbeza mulai Februari 2017 iaitu di Berjaya Megamall, Kuantan, Pahang pada 18 & 19 Februari 2017 jam 10 pagi hingga 6 petang, di Plaza Angsana, Johor Bahru (3 & 4 Mac 2017) dan di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur (11 & 12 Mac 2017).

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.dfkl.com.my.

 ??  ??
 ??  ?? JAJA ILIYES
JAJA ILIYES
 ?? — Gambar ihsan TV3 ?? DFKL 2017: Duta, Speakers dan Top 6 DFKL 2017.
— Gambar ihsan TV3 DFKL 2017: Duta, Speakers dan Top 6 DFKL 2017.
 ??  ?? NAFIZ MUAZ
NAFIZ MUAZ
 ??  ?? AMIRUL FAQEEM
AMIRUL FAQEEM
 ??  ?? INDAH EMERRLDA
INDAH EMERRLDA
 ??  ?? RAJA AFIQ
RAJA AFIQ
 ??  ?? SYAZUWAN HASSAN
SYAZUWAN HASSAN
 ??  ?? SHUHANTY
SHUHANTY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia