Utusan Borneo (Sarawak)

KOLEKSI BASIKAL KLASIK SEMAKIN DIMINATI

- Oleh Steve Annuar

MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui bahawa basikal klasik yang tersimpan dalam stor atau terbiar rosak di belakang rumah, adalah koleksi berharga mencecah nilai ribuan ringgit.

Presiden Kelab Basikal Lamak Marek Ashudi Ismail berkata, kerana nilai sejarah tersendiri, memiliki basikal klasik telah menjadi hobi yang semakin mendapat tempat di hati peminatnya di Sarawak.

Antara koleksi jenama basikal mereka ialah Humber, Rudge, Raleigh, Elswick, Robinhood dan SunBeam

“Basikal-basikal ini masih mengekalka­n bahagian-bahagian yang asli,” tambah beliau.

Mengulas tentang sejarah basikal, ia merupakan pengangkut­an utama di bandar ketika zaman sebelum merdeka.

Kebanyakan­nya adalah keluaran negara England yang terkenal mengeluark­an basikal berkualiti tinggi.

Tiga jenis basikal iaitu Humber, Rudge dan Raleigh digunakan pihak pentadbir British ketika memerintah Tanah Melayu.

Ketika itu, basikal hanya dimiliki golongan berkemampu­an serta memiliki gred-gred tertentu mengikut hierarki masyarakat.

“Oleh yang demikian harga basikal-basikal tersebut masih lagi pada tahap yang tinggi pada masa kini. Harga yang ditawarkan mencecah RM1,000 ke RM7,000 sebuah mengikut tahun dibuat dan keaslianny­a, “jelasnya.

Tentang aktiviti, kayuhan basikal klasik dianjurkan untuk meningkatk­an pemahaman masyarakat tentang sejarah pembuatan basikal klasik dan minat mereka terhadapny­a.

Basikal yang dipamerkan adalah keluaran England berusia puluhan sehingga ratusan tahun yang dijaga dengan baik oleh pemiliknya.

Aktiviti sama telah diadakan di Miri pada bulan lalu dan meninggalk­an impak mendalam kepada peminatnya.

Di Miri, Kelab Basikal Lamak Marek diasaskan Hazelan Abdullah dan Ahmad Zamri yang merupakan peminat barangan klasik terutamany­a basikal klasik.

“Bagi kelab baharu, kita amat mengalu-alukan tambahan ahli bagi merancakka­n lagi aktiviti-aktiviti kèlab,” ujar Ashudi.

Kayuhan basikal klasik pertama Sarawak telah diadakan pada 15 Januari lalu dianjurkan Komuniti Pemilik Basikal Klasik Malaysia (KPBKM).

Selain tujuh peserta Sarawak, aktiviti turut mendapat sambutan 17 peminat dari Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Melaka.

‘Kejayaan aktiviti ini membuka lembaran baharu kepada peminat-peminat basikal lama khasnya di Sarawak untuk merancakka­n aktiviti mereka,” tambahnya.

Aktiviti diteruskan di Ipoh, Perak untuk Siri Kayuhan Masjid Ke Masjid (M2M) dirancang pada 25 Februari ini.

Ia merupakan siri ketiga selepas penganjura­n Kayuhan Penang Sempoi 3 yang berjaya mencatat sejarah tersendiri.

 ??  ??
 ??  ?? BERHARGA: Basikal jenama Elswick keluaran tahun 1905. TAHAN: Basikal- basikal klasik yang terlibat dalam aktiviti kayuhan.
BERHARGA: Basikal jenama Elswick keluaran tahun 1905. TAHAN: Basikal- basikal klasik yang terlibat dalam aktiviti kayuhan.
 ??  ?? PEMINAT: Peserta dari Semenanjun­g Malaysia yang terlibat aktiviti kayuhan basikal klasik di Miri.
PEMINAT: Peserta dari Semenanjun­g Malaysia yang terlibat aktiviti kayuhan basikal klasik di Miri.
 ??  ?? BERGAYA: Peserta dari Melaka, Zaini Mahsuri dengan gayanya yang tersendiri.
BERGAYA: Peserta dari Melaka, Zaini Mahsuri dengan gayanya yang tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia