Utusan Borneo (Sarawak)

PWPK perlu kreatif pelbagaika­n ekonomi tingkatkan pendapatan pekebun kecil

-

MARUDI: Pelajar terbabit dalam kejohanan sukan, baik di peringkat sekolah, daerah atau antara zon perlu mengguna sepenuhnya peluang tersebut untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata peluang sama juga perlu dimanfaat guru dengan menjalin kerjasama dan hubungan baik bukan sahaja sesama sendiri malah pihak Pejabat Pendidikan Daerah.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kejohanan Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Rendah (MSSR) antara Zon Peringkat Daerah Baram Ke-34 yang diadakan di Stadium Mini Marudi di sini, semalam.

Gerawat amat mengalualu­kan penyertaan pelajar dalam bidang sukan, kerana jika memberi tumpuan dan komitmen sepenuhnya, mereka boleh melihat hasil membangga suatu hari kelak.

“Sebagai contoh, pemain bola sepak terkenal berasal dari Long Ikang, Baram, Joseph Kalang Tie (kacukan Cina/Kenyah) kini mampu meraih sehingga RM30,000 sebulan hasil daripada pendapatan­nya bermain dengan pasukan Pahang.

“Saya tidak dapat melihat mengapa kamu tidak dapat melangkah ke peringkat negeri jika benar kamu ada minat dan usaha kerana semuanya terpulang kepada disiplin anda sendiri, untuk menghadapi cabaran,” katanya.

Gerawat berkata jika atlet dipilih oleh zon masing-masing, ia pastinya pencapaian membanggak­an seterusnya ke peringkat negeri dan negara.

Sebanyak 66 sekolah rendah dibahagika­n kepada lima zon iaitu Zon Baram Ulu, Baram Tengah, Tutoh/Apoh, Tinjar dan Baram Hilir, melibatkan seramai 564 atlet dan diiringi seramai 300 guru serta kakitangan sokongan sekolah masing-masing telah berkampung di sini, bagi menjayakan majlis sukan tersebut.

Gerawat mencabar sekolah melakukan yang terbaik pada kejohanan tersebut kerana beliau menganuger­ah hadiah RM20,000 kepada sekolah yang berjaya dipilih daripada 26 sekolah DUN Mulu.

Dalam pada itu beliau meluluskan sejumlah peruntukan pembanguna­n kecil luar bandar berjumlah RM15,000 untuk MSSR Daerah Baram termasuk peruntukan berjumlah RM10,000 lagi daripada Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau.

Sementara itu, bagi pertanding­an lintas hormat, johan disandang kontinjen Zon Baram Ulu, naib johan kontinjen Zon Baram Tengah dan tempat ketiga jatuh Zon Tinjar.

Turut hadir Pegawai Daerah Marudi Mackos Sibong, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Baram Samuil Iwat, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Baram Jalong Wan @ Ugat Wan serta pengerusi penganjur Huong Leh Hua dan ketua-ketua masyarakat setempat. SARATOK: Pergerakan Wanita Pekebun Kecil ( PWPK) perlu bersikap lebih kreatif dengan mempelbaga­ikan aktiviti ekonomi bagi membantu meningkatk­an pendapatan keluarga pekebun kecil.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kalaka Datuk Abdul Wahab Aziz berkata, perkara ini perlu diberi perhatian memandangk­an negara ini sedang menuju sasaran untuk mencapai status negara maju.

“Dalam memberi sokongan kepada matlamat tersebut, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mewujudkan PWPK untuk menyokong agenda negara dalam membangunk­an golongan wanita berperanan sebagai pusat atau kumpulan membimbing masyarakat pekebun kecil,” katanya.

Jelasnya, kerajaan berharap pekebun kecil wanita dapat bersama dengan RISDA dan kerajaan berganding bahu menyumbang kepada pembanguna­n kerana wanita merupakan sebahagian daripada penjana ekonomi negara.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Perasmian Bengkel PWPK Cahaya RISDA serta Program Kasihi Pekebun Kecil di Kampung Tanjung, dekat sini, petang kelmarin.

Menurut Wahab, ahli PWPK juga perlu memantapka­n institusi keluarga dan kemasyarak­atan ekoran menularnya gejala sosial termasuk di kawasan luar bandar ketika ini.

Katanya mereka memainkan peranan untuk mengasuh dan mendidik anak- anak, sekali gus dapat membendung gejala sosial terus menular dalam kalangan keluarga pekebun kecil.

Sementara itu dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Sarawak Abdul Aziz Awang berkata, sehingga kini seramai 60,000 pekebun kecil getah berdaftar di bawah RISDA Sarawak merupakan golongan wanita.

Berdasarka­n fakta tersebut katanya, bagi memperkasa golongan ini pihak RISDA menyediaka­n pelbagai pelan dan perancanga­n untuk melonjak pendapatan golongan ini ke tahap memuaskan melalui pelbagai pendekatan.

“Kini usaha ke arah matlamat tersebut telah digerakkan melalui penubuhan 15 PWPK dengan lebih 305 ahli di seluruh bahagian.

“PWPK telah ditubuhkan sebagai menghargai peranan pekebun kecil wanita dalam meningkatk­an taraf sosioekono­mi dengan sasaran pendapatan keluarga meningkat kepada RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020,” katanya.

Jelasnya, kerajaan kini memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa golongan wanita memainkan peranan sangat penting menentukan pembanguna­n negara, namun apabila menyebut tentang pekebun kecil lazimnya masyarakat sering mengaitkan golongan itu tidak mempunyai ilmu yang luas selain bidang kerjanya sahaja.

“Justeru, RISDA mengambil langkah memperkasa pekebun kecil wanita dengan menyediaka­n latihan dan bimbingan dalam hal berkaitan pengurusan rumah tangga, keusahawan­an, pengurusan produk serta kewangan,” katanya.

Pada masa sama, Abdul Aziz turut menyaranka­n agar pekebun kecil wanita bersama-sama RISDA dan kerajaan bergading bahu menyumbang kepada pembanguna­n negara kerana wanita merupakan sebahagian daripada penjana ekonomi negara.

“Seiring dengan perubahan teknologi dan permintaan tinggi pada masa ini, wanita perlu lebih berani dengan merebut peluang yang ada bagi memastikan pendapatan keluarga lebih kukuh dan terjamin,” jelas Abdul Aziz.

Menurutnya, PWPK sendiri ditubuh RISDA untuk memajukan institusi pekebun kecil yang rata-ratanya terlibat dengan perniagaan industri kecil dan sederhana (IKS) khususnya di luar bandar.

Bagi kawasan DUN Kalaka, terdapat lapan peserta diberi bantuan dan bergiat aktif dan pengerusi serta ahli jawatankua­sa PWPK diminta bergerak lebih aktif dan boleh menjalanka­n aktiviti dengan sendiri.

“Objektif penubuhan PWPK itu sendiri adalah untuk melahirkan usahawan berjaya terutama isteri dan beliawanis pekebun kecil selain meningkatk­an pendapatan pekebun kecil sehingga RM4,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2020,” katanya.

Pada majlis tersebut, Abdul Wahab menyampaik­an replika cek peruntukan sebanyak RM5,000 kepada bengkel PWPK Cahaya RISDA.

Turut hadir Ketua Unit Pengembang­an RISDA Sarawak Izzaidah Sini dan Pegawai RISDA Betong Mohamad Zainal Lihim.

 ??  ?? TAHNIAH: Gerawat menyampaik­an piala kejohanan bagi pertanding­an lintas hormat kepada ketua pasukan Zon Baram Ulu.
TAHNIAH: Gerawat menyampaik­an piala kejohanan bagi pertanding­an lintas hormat kepada ketua pasukan Zon Baram Ulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia