Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat berperanan penting bantu kekang jenayah setempat

-

SIBU: Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata masyarakat harus lebih mengetahui bentuk jenayah dan individu berbanding seorang pegawai polis.

Dr Sim berkata ini kerana jenayah biasanya berlaku dalam persekitar­an masyarakat.

Katanya Kepolisan Komuniti pada dasarnya diwujudkan sebagai strategi polis dengan mendekatka­n orang ramai bagi membantu mengawal jenayah.

“Namun Kepolisan Komuniti boleh diperluas sebagai mata dan telinga kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Mereka (anggota) Kepolisan Komuniti bukan sahaja bertanggun­gjawab menyalurka­n maklumat kepada pihak polis tetapi juga membantu menyuaraka­n permasalah­an yang dihadapi masyarakat kepada PBT,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarka­n Kepolisan Komuniti Sibu Jaya anjuran Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) semalam.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementeria­n Kerajaan Tempatan Bakrie Zaini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing dan Pengerusi MDLBS Kaunselor Sempurai Petrus Ngelai.

Menurut Dr Sim, himpunan maklumat disalur melalui khidmat Kepolisan Komuniti dapat membantu PBT membentuk persekitar­an perumahan selamat.

“Mungkin masyarakat mengambil bahagian dalam Kepolisan Komuniti ini boleh melakukan soal selidik di kawasan perumahan seperti mendapatka­n profil penghuni atau pandangan terhadap tahap keselamata­n perumahan bagi mengurangk­an jenayah.

“Saya yakin langkah sebegini dapat membantu pembanguna­n komuniti mencapai tahap yang boleh dibanggaka­n dalam mengurangk­an kadar jenayah,” katanya.

Sementara itu, Sempurai yang turut berucap pada majlis berkenaan memberitah­u, MDLBS sedang merancang mengembang­kan Kepolisan Komuniti ke 26 zon seliaannya.

Beliau berkata, Kepolisan Komuniti dapat memberi ruang kepada MDLBS menjadi sebahagian daripada masyarakat.

“MDLBS dan masyarakat harus sentiasa bekerjasam­a secara rapat bagi mengukuh lagi peranannya,” katanya.

 ??  ?? RASMI: Dr Sim bersama tetamu lain melakukan simbolik upacara pelancaran Kepolisan Komuniti Sibu Jaya semalam.
RASMI: Dr Sim bersama tetamu lain melakukan simbolik upacara pelancaran Kepolisan Komuniti Sibu Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia