Utusan Borneo (Sarawak)

Lepasan Diploma Kejurutera­an Mekanikal i-CATS berpeluang ceburi kerjaya menarik

-

KUCHING: Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak ( i- CATS) telah lama menawarkan Diploma Kejurutera­an Mekanikal sebagai langkah pertama untuk menceburi kerjaya sebagai seorang jurutera.

Menerusi kenyataan akhbarnya semalam, Ketua Fakulti Kejuteraan i-CATS Ting Kung Chuang berkata pihaknya turut menawarkan kepelbagai­an dalam kursus berkenaan secara tidak langsung membolehka­n siswazah menceburi pelbagai bidang lain sebagai kerjaya.

“Program ini sebenarnya menyediaka­n graduan untuk bidang kerjaya yang menarik dalam sektor seperti automotif, aeroangkas­a, bioteknolo­gi, elektronik, penukaran tenaga, kawalan alam sekitar, robotik dan aktiviti berasaskan pembuatan yang lain.

“Sebelum tamat program ini, pelajar juga dikehendak­i untuk menjalani latihan selama empat bulan dalam memastikan bahawa pelajar tersebut mempunyai peluang untuk belajar secara langsung daripada industri dan mendapat pengalaman bekerja di dunia sebenar di organisasi bertaraf dunia,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Program Diploma Kejurutera­an Mekanikal i-CATS Mohd Syafiq Salman berkata sepanjang pengajian, pelajar mengambil pelbagai mata pelajaran yang dinamik dalam bidang kejurutera­an pembuatan dan teknologi, kejurutera­an bahan, mekanik pepejal, statik dan termodinam­ik.

Selain itu, mereka akan dibangunka­n dalam kemahiran lisan, bertulis dan interperso­nal, kemahiran berkomunik­asi yang berkesan serta mengasah pemikiran kritis, membuat keputusan dan kemahiran pembinaan berpasukan.

Pelajar kejurutera­an mekanikal juga didorong untuk menghargai kepentinga­n inovasi dan kemajuan teknologi dalam memupuk masyarakat yang mesra alam.

Dalam hal ini, titik utama kebanggaan i-CATS adalah Makmal Teknologi Hijau yang membolehka­n pelajar kejurutera­an memperoleh pengetahua­n teori dan kemahiran praktikal dalam kajian teknologi hidro kuasa, teknologi ‘photovolta­ic solar’, teknologi turbin angin dan pelbagai sumber tenaga diperbahar­ui .

Jelasnya secara tidak langsung memperkaya­kan kurikulum kejurutera­an mekanikal yang merangkumi reka bentuk, pembuatan dan penyelengg­araan peranti mekanikal untuk proses industri.

Pendedahan kepada teknologi canggih semasa program dua setengah tahun itu memberikan pelajar i-CATS kelebihan daya saing kerana mereka bersedia untuk masuk ke dalam bidang pekerjaan.

Alumni program Diploma Kejurutera­an Mekanikal sebelum ini sentiasa menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar semasa dalam program kejurutera­an mekanikal.

Abdul Rahman Julaihi merupakans seorang graduan lulusan diploma i- CATS dalam program Kejurutera­an Mekanikal pada 2014, kini memegang jawatan Penolong Jurutera Mekanikal, Elektri- kal dan Telekomuni­kasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.

Siswazah i-CATS (Diploma Kejurutera­an Mekanikal pada 2016, Andriane Pigar Balan, kini bertugas di Jabatan Mekanikal di UBP Printing Sdn Bhd, Miri.

Beliau menekankan bahawa latihan industri adalah platform yang betul di mana pelajar boleh mendapat pengalaman bekerja dan kemahiran yang dapat memasarkan diri mereka.

Pelajar yang telah menamatkan SPM atau SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga kredit termasuk Matematik dan satu subjek Sains atau Teknikal atau Vokasional dan lulus Bahasa Inggeris layak memasuki diploma i-CATS dalam program Kejurutera­an Mekanikal.

Permohonan juga akan dipertimba­ngkan untuk mereka yang telah menamatkan Sijil Bertauliah MQA dalam program atau Teknologi Kejurutera­an (MQF Tahap 3) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.0.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Diploma Kejurutera­an Mekanikal dan pelbagai bentuk bantuan kewangan, lepasan sekolah yang berminat dan ibu bapa mereka dijemput melawat Kampus Barat i- CATS di Jalan Stampin Timur Kuching atau menghubung­i talian 082-570888 atau 451533.

Maklumat juga boleh diperolehi dari laman web i-CATS seperti www.icats.edu.my.

 ??  ?? KEJAYAAN: Abdul Rahman merupakan graduan lulusan diploma i-CATS dalam program Kejurutera­an Mekanikal pada 2014, kini memegang jawatan Penolong Jurutera Mekanikal, Elektrikal dan Telekomuni­kasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.
KEJAYAAN: Abdul Rahman merupakan graduan lulusan diploma i-CATS dalam program Kejurutera­an Mekanikal pada 2014, kini memegang jawatan Penolong Jurutera Mekanikal, Elektrikal dan Telekomuni­kasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kota Samarahan.
 ??  ?? PELUANG KERJAYA: Andriane merupakan Siswazah i-CATS (Diploma Kejurutera­an Mekanikal pada 2016.
PELUANG KERJAYA: Andriane merupakan Siswazah i-CATS (Diploma Kejurutera­an Mekanikal pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia