Utusan Borneo (Sarawak)

Polis dapat petunjuk baharu kes tembak ahli perniagaan

-

GEORGE TOWN: Polis mendapat beberapa petunjuk baharu dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kejadian seorang ahli perniagaan wanita maut ditembak semasa memandu di Taman Pekaka 1, Glugor di sini kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Chuah Ghee Tye berkata pihaknya juga percaya dengan beberapa petunjuk itu, ia akan dapat membawa polis untuk mengenal pasti suspek yang melakukan jenayah berkenaan.

“Kami tidak boleh maklumkan (petunjuk) kerana ia dalam siasatan. Cuma apa yang saya boleh katakan apabila dia (suspek) lakukan jenayah di khalayak ramai dan sekarang ini dengan pelbagai teknologi seperti telefon bimbit serta sebagainya ia sangat membantu polis.

“Polis juga mendapat bantuan daripada orang awam iaitu rakaman video dan gambar ketika kejadian dan saya percaya melalui (rakaman) itu kami dapat kenal pasti siapa yang melakukan jenayah itu,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Ikrar Bulanan Kontinjen Pulau Pinang di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, mangsa berusia 49 tahun itu memandu kereta jenis BMW seorang diri apabila dihampiri dua lelaki menunggang motosikal yang melepaskan lebih 10 das tembakan ke arahnya.

Mangsa dikenal pasti seorang ahli perniagaan dalam bidang logistik perkapalan, ditembak dari cermin sisi pemandu dan enam das tembakan mengenai dadanya.

Chuah berkata polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai rakaman video atau gambar semasa kejadian tembakan itu agar menyerahka­n kepada pihaknya bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Selain itu, kami juga akan mendapatka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian termasuk di kawasan sekeliling dan penduduk di situ yang mempunyai rakaman (CCTV) juga diminta bekerjasam­a dengan polis kerana suspek yang terlibat ini sangat berbahaya dan perlu ditangkap segera,” katanya.

Katanya setakat ini siasatan mendapati kes terbabit tiada kaitan dengan geng kongsi gelap atau gengster dan polis masih menjalanka­n siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

“Kami siasat daripada semua aspek termasuk perniagaan mangsa, perniagaan suaminya atau motif-motif lain yang dipercayai ada kemungkina­n. Suaminya menjalanka­n perniagaan berkaitan pusat hiburan,” katanya.

Chuah berkata suspek menggunaka­n pistol jenis auto dan polis menemui sejumlah kelongsong peluru jenis .99m di kawasan kejadian.

Dalam pada itu, beliau menafikan mangsa yang ditembak itu hamil seperti dilaporkan beberapa portal media dan turut meminta semua pihak agar tidak memutar belit atau menyebarka­n khabar angin berhubung kejadian itu.

Katanya beri ruang kepada pihaknya menjalanka­n siasatan secara terperinci berhubung kejadian itu dan beliau percaya polis akan dapat selesaikan kes berkenaan dalam masa terdekat.

“Saya percaya dengan bantuan beberapa pihak termasuk keluarga mangsa, kami akan mendapatka­n beberapa maklumat dan petunjuk baharu selepas ini. Saya jugatidak akan dedahkan motosikal dan nombor pendaftara­n yang digunakan suspek setakat ini kerana masih dalam siasatan polis,” katanya. — Bernama KANGAR: Sindiket penyeludup­an daun ketum yang dikenali dengan nama ‘Geng Ah Lai’ di negeri ini tumpas, apabila polis menahan tiga anggotanya termasuk ketua kumpulan itu, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Azahar Muda, berkata kumpulan yang telah diburu sejak 2015 itu merupakan sindiket berbahaya yang menggunaka­nsenjata api ketika melakukan aktiviti penyeludup­an ketum ke negara jiran.

“Penangkapa­n tiga sus- pek itu termasuk seorang warga Thailand ini ialah susulan penahanan tiga lagi ahli kumpulan itu yang ditangkap awal bulan ini.

Mereka yang berusia 23 hingga 29 tahun ini masingmasi­ng ditahan pada jam 1.45 pagi, di mana dua ditahan di Seriab dan seorang lagi di sebuah rumah di Kampung Wai, dekat Kuala Perlis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azahar berkata, susulan penahanan ketiga-tiga lelaki itu, polis menemui senjata api iaitu pistol jenis Revolver serta selaras senapang serta 60 peluru, sepasang gari dan senjata buku lima.

“Revolver beserta peluru, gari dan buku lima ditemui di dalam rumah suspek di Kampung Wai, manakala senapang pula ditemui ditanam sedalam lima inci olehsalah seorang suspek di kawasan hutan berhampira­n rumah suspek.

Penemuan tersebut menjadikan kes rampasan senjata api kali kedua membabitka­n kumpulan berkenaan selepas awal bulan ini polis merampas sepucuk pistol separa automatik dan sepucuk pistol tiruan,” katanya.

Azahar berkata bagaimanap­un, siasatan polis mendapati geng itu masih belum menggunaka­n senjata api terbabit untuk melepaskan tembakan serta ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah.

“Walaupun mereka masih belum menembak sesiapa, kita khuatir jika keadaan terdesak mereka sanggup melepaskan tembakan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEBAK: Saik sebak semasa menuntut mayat isterinya Ruby Lee Poh Ai di Pusat Forensik Hospital Pulau Pinang, George Town, semalam.
— Gambar Bernama SEBAK: Saik sebak semasa menuntut mayat isterinya Ruby Lee Poh Ai di Pusat Forensik Hospital Pulau Pinang, George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia