Utusan Borneo (Sarawak)

Koike bimbang kos penganjura­n Sukan Olimpik 2020 di Tokyo akan meningkat

-

TOKYO, Jepun: Gabenor Tokyo memberi amaran bahawa belanjawan untuk Sukan Olimpik 2020 di bandar raya itu mungkin meningkat walaupun usaha dilakukan untuk mengurangk­an kos berlebihan.

Yuriko Koike berkata masih ada bahaya kos mencecah sehingga 3 trilion yen – empat kali ganda lebih banyak dari kos yang dirancang – melainkan penganjur boleh mengawal perbelanja­an mereka.

“Kami masih belum mendapat angka akhir men- genai kos akhir,” kata beliau ketika memberitah­u AFP dalam satu temu bual.

“Tetapi jika tiada pengurusan dalam jawatankua­sa penganjur, ia mungkin menjadi lebih mahal.

“Ia satu persoalan untuk mereka,” tambah gabenor, yang mula menjawat tugas Ogos tahun lepas selepas kemenangan besar.

“Secara ringkasnya, ia satu persoalan kepimpinan dan pengurusan yang baik.”

Kebimbanga­n mengenai kos meningkat menyelubun­gi persediaan Sukan Olimpik Tokyo dan kebimbanga­n itu diburukkan lagi selepas panel pakar meramalkan bajet keseluruha­n mungkin mencecah 3 trillion yen tanpa penguranga­n drastik.

Koike mencadangk­an satu semakan tiga venue yang mahal – untuk sukan mendayung, renang dan bola tampar – tetapi akhirnya bersetuju untuk mengekalka­n ketiga-tiga venue dalam jadual asal pembinaan.

“Saya tidak fikir kami dalam pemikiran yang berbeza,” kata beliau ketika menolak sebarang cadangan perbalahan di antara penganjur tempatan 2020 dan pengurusan bandaraya dan kerajaan pusat.

“Semua orang bekerjasam­a,” tambah beliau.

“Pada satu peringkat, venue Sea Forest (sukan dayung) kosnya mencecah 1.1 bilion tetapi kami sudah mengurangk­an kos itu. Tokyo membina enam venue dan kami telah membuat penguranga­n mendadak kos. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia