Utusan Borneo (Sarawak)

Calit muka tetamu guna arang, jelaga tradisi unik Orang Ulu

-

AMALAN ‘Musut Angah’ atau menghitamk­an muka tetamu masih menjadi tradisi dalam kalangan masyarakat Orang Ulu di kawasan Telang Usan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata, Musut Angah ialah jelaga bawah periuk atau arang ditumbuk dan kemudian dicalit pada muka tetamu sebagai tanda kenangan.

“Tradisi ini masih menjadi amalan di kawasan Telang Usan yang turut disenarai dalam sesebuah acara atau majlis. Ia juga boleh dikatakan sebagai tanda kenangan yang tidak akan dilupakan tetamu,” jelasnya barubaru ini.

Menurut Dennis, kebiasaann­ya Musut Angah akan dilaku kaum wanita yang berdiri untuk mengucap selamat tinggal kepada tetamu, namun bersedia dengan jari dicalit arang atau jelaga bawah periuk.

“Mereka akan mencalitka­n ke muka tetamu tanpa tetamu menyedari atau dalam keadaan tidak bersedia.

“Selain menjadi salah satu tradisi sebagai kenangan kepada tetamu, aktiviti ini secara langsung mewujudkan suasana meriah dan menyeronok­kan penduduk kampung serta tetamu kerana ada yang saling berkejaran.

“Antara lain, Musut Angah ini juga menandakan seorang lelaki atau wanita bujang mencalit ke muka tetamu yang mereka suka dalam kalangan tetamu berkunjung ke tempat mereka,” katanya.

Jelas Dennis, aktiviti sedemikian harus dipraktikk­an dan terus dipelihara oleh generasi muda agar ia tidak dilupakan.

“Amalan sebegini secara tidak langsung menjadi salah satu tradisi atau budaya yang sinonim dalam kalangan masyarakat Orang Ulu yang perlu dikekal.

“Bahkan juga, ia meningkatk­an perpaduan dan kesefahama­n dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan menjadi antara sejarah menarik masyarakat di sini,” tambahnya.

 ??  ?? TARIKAN: Voilette (tengah) menyampaik­an bakul kepada Adam disaksikan jawatankua­sa penganjur MCMF, Mark Justin (paling kiri), ahli ‘Helping Hands’ dan penganyam bakul kaum Penan.
TARIKAN: Voilette (tengah) menyampaik­an bakul kepada Adam disaksikan jawatankua­sa penganjur MCMF, Mark Justin (paling kiri), ahli ‘Helping Hands’ dan penganyam bakul kaum Penan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia