Utusan Borneo (Sarawak)

Bajau Laut: Kumpulan manusia tanpa negara

Tinggal di pondok yang dibina di atas air, sering berpindah-randah di perairan Filipina dan Indonesia

-

SEMPORNA: Bajau Laut, sering dipanggil ‘gipsi laut’, merupakan satu- satunya kumpulan manusia di rantau ini yang tidak bernegara.

Kumpulan etnik ini yang juga dikenali sebagai Pala’u tinggal di dalam bot atau di pondok yang dibina di atas air, dan sering berpindahr­andah di perairan Filipina dan Indonesia.

Kehidupan mereka jauh ketinggala­n zaman.

Mereka tidak tahu menggunaka­n jam, dan mengetahui waktu hanya berpanduka­n kedudukan matahari.

“Kedudukan matahari di timur, bererti pagi bagi mereka. Jika matahari berada di atas kepala, tandanya telah masuk waktu tengah hari.

“Bila matahari bergerak ke barat tandanya telah masuk waktu petang dan seterusnya malam,” kata Jaafar Janntul, 41, seorang anggota kumpulan etnik Bajau dari Semporna.

Dalam temu bual dengan Bernama, beliau berkata, anak-anak kumpulan etnik ini tidak bersekolah, kerana itu mereka tidak mahir untuk bertutur atau memahami bahasa Melayu.

Tinjauan baru-baru ini ke atas kehidupan mereka mendedahka­n pelbagai perkara yang dilihat agak luar biasa.

“Oleh kerana kebanyakan masa mereka tinggal di laut, malah sejak bayi lagi, maka mereka tidak tahan berada di daratan untuk tempoh yang lama.

“Mereka merasa pening dan mabuk darat,” kata Jaafar.

“Mereka juga takutkan haiwan tertentu di daratan seperti anjing,” katanya.

Beliau berkata Bajau Laut akan hanya naik ke darat bila ada keperluan seperti untuk membuat bot atau mengebumik­an kaum keluarga yang meninggal dunia.

Kumpulan etnik ini merupakan antara perenang dan penyelam paling mahir di dunia tanpa menggunaka­n alat pernafasan atau kemudahan skuba.

“Mereka mampu menyelam hingga kedalaman 20 meter tanpa menggunaka­n tangki oksigen, dan mampu menahan nafas di dalam air selama 10 minit,” katanya.

Beliau berkata penyelam profesiona­l bersama kelengkapa­n menyelam hanya boleh menyelam sekali dalam setiap satu jam, tetapi bagi Bajau Laut mereka mampu menyelam berkali-kali ke dasar laut tanpa memudaratk­an kesihatan mereka.

Menurutnya, kemahiran menyelam ini menjadikan kumpulan etnik itu pemburu yang mahir di lautan dengan hanya menggunaka­n lembing untuk menangkap ikan dan udang kara, di samping mencari mutiara dan gamat.

Semua ini terhasil dari amalan kehidupan tradisiona­l mereka di laut.

Jaafar berkata, sejak kecil bayi-bayi Bajau Laut akan direndam ke dalam laut untuk membiasaka­n mereka dengan air laut serta “sebagai tanda keserasian dan keberanian di laut.”

Temuni bayi-bayi itu akan ditanam di dasar laut kerana kumpulan etnik ini percaya roh laut akan menjaga mereka, dan mereka tidak akan mati di laut.

Mengenai bekalan makanan, Jaafar berkata antara makanan asas Gipsi Laut adalah kima iaitu sejenis kerang atau landak laut, dalam bahasa Bajau disebut ‘tehe-tehe’.

“Bahan ini mereka makan secara mentah selepas dibersihka­n atau boleh juga dimasak,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia