Utusan Borneo (Sarawak)

‘DANI’ KINI DI BAWAH JAGAAN JKM SARAWAK

-

KUCHING: Baharu berusia tiga tahun, seorang kanak-kanak terpaksa mengharung­i liku hidup seorang diri selepas ditinggalk­an ibu bapanya di Hospital Umum Sarawak (HUS) disebabkan kesempitan kewangan untuk menampung kos rawatan kanak-kanak itu.

Kisah kanak-kanak dikenali dengan panggilan ‘Dani’ terbabit yang menghidapi jangkitan paruparu kronik dan ditinggalk­an ibu bapanya di wad kanak-kanak HUS di sini menarik perhatian selepas tular di laman sosial Facebook sejak kelmarin.

Ramai di kalangan pengguna Facebook menyuaraka­n keprihatin­an terhadap nasib kanak-kanak tersebut yang kini diletakkan di bawah jagaan dan perlindung­an Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak.

Kisah kanak-kanak itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang dipetik berkata, kanak-kanak itu memerlukan keluarga angkat yang mampu menjaganya selepas ditinggalk­an oleh kedua-dua orang tuanya di situ.

“Apapun, mohon maaf sekiranya ada ahli keluarga atau sanak saudara Dani yang mungkin sudah baca ‘post’ ini, berharap keluarga Dani terbuka hati untuk mengambil balik Dani dan memberi kasih sayang yang sebenar.

“Kanak-kanak ini memerlukan kasih sayang ibu dan bapa, kita berdoa supaya adik Dani dipermudah­kan urusannya,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.

Sementara itu, Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching Dr Chin Zin Hing mengesahka­n bahawa kanak-kanak tersebut pesakit yang menerima rawatan di situ.

“Ya, kanak-kanak ini memang pesakit kita dan segala urusan berkaitan kanak- kanak ini diuruskan oleh JKM kerana dia di bawah jagaan dan perlindung­an JKM,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Peringkat HUS di sini semalam.

Sehubungan itu, beliau menasihat orang ramai yang ingin mengambil kanak- kanak tersebut sebagai anak angkat boleh menggunaka­n saluran yang betul menerusi JKM.

“Bagi saya perkara seperti ini perlu dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan seperti JKM daripada ia ditularkan,” jelasnya.

Menurut Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, kanak-kanak itu kini diletakkan di bawah jagaan dan perlindung­an JKM Sarawak.

Beliau menjelaska­n, pegawai perlindung­an JKM akan mengambil peranan setelah kanakkanak berkenaan disahkan sihat dan dibenar keluar oleh pihak HUS.

“Malah, kita juga telah dimaklumka­n bahawa keluarga kanakkanak tersebut ada hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian (PKMB) Kuching untuk berbincang mengenai perkara ini. Ibunya tidak lagi berupaya untuk menjaga kanak- kanak ini kerana masalah sosial dan ekonomi beliau sendiri.

“Pihak PKMB Kuching berusaha mencari orang yang layak sara (OYLS) yang bersedia menerima kanak-kanak ini. Jika tiada OYLS, pihak kita terpaksa menerima kanak-kanak ini ke institusi untuk penjagaan,” katanya.

Justeru, Fatimah menasihat pasangan yang telah berkahwin yang tidak dikurniaka­n cahaya mata serta berkemampu­an, menerima kekurangan kanak-kanak tersebut dan berhasrat mengambiln­ya, tampil segera ke PKMB Kuching.

“Jika pasangan ini layak kita akan atur majlis angkat sumpah di Pejabat Daerah Kuching bersama keluarga kandung kanakkanak ini agar kanakkanak ini mendapat jagaan yang sebaiknya,” ujarnya.

 ??  ?? PERLU KASIH SAYANG: Kisah ‘Dani’ dikongsika­n di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna.
PERLU KASIH SAYANG: Kisah ‘Dani’ dikongsika­n di laman sosial Facebook oleh seorang pengguna.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia