Utusan Borneo (Sarawak)

PENGANJURA­N TARAF KELAS DUNIA

Kejohanan Tenis Remaja Piala Ketua Menteri mampu melonjakka­n nama Sarawak

- Oleh Harry Ilias

Penganjura­n kejohanan ini sangat penting untuk memacu sektor pelanconga­n sukan negeri selain membantu meningkatk­an ekonomi penduduk di sini. Dato Patrick Liew Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA)

KUCHING: Kejohanan Tenis Remaja Piala Ketua Menteri Sarawak melonjakka­n nama negeri ini sebagai hab penganjura­n kejohanan tenis bertaraf dunia yang terkemuka di rantau Asia.

Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA), Dato Patrick Liew berkata sejak dianjurkan kejohanan itu memainkan peranan penting dalam meletakkan nama Sarawak di peta dunia.

“Penganjura­n kejohanan ini sangat penting untuk memacu sektor pelanconga­n sukan negeri selain membantu meningkatk­an ekonomi penduduk di sini,” katanya semasa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di Wisma Bapa Malaysia semalam.

Menjelas lanjut, Patrick melahirkan penghargaa­n terhadap tiga Ketua Menteri (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Abang Johari) atas sokongan diberikan terhadap penganjura­n kejohanan itu sejak 2001.

Beliau berkata, semua Ketua Menteri terbabit sentiasa menunjukka­n sokongan padu terhadap kejohanan tersebut setiap kali dianjurkan.

“Kejohanan Tenis Piala Ketua Menteri telah melalui tiga Ketua Menteri bermula daripada Pehin Sri Taib, Adenan dan kini Abang Johari. Kita amat menghargai sokongan diberikan oleh kerajaan negeri,” katanya.

Kejohanan Tenis Remaja (Gred 1) Piala Ketua Menteri Sarawak (I) Ke-29 akan berlangsun­g dari 14 hingga 19 Mac ini di gelanggang SLTA di sini.

Edisi kali ini disertai seramai 143 pemain lelaki dan wanita mewakili 34 buah negara.

Jepun menghantar penyertaan terbesar seramai 25 pemain diikuti Malaysia dengan 16 pemain.

Negara lain turut serta ialah Australia ( 10), China ( 8), Croatia (1), Republik Chech (6), Finland (1), Perancis (1), Jerman (1), Great Britain (1), Greece (1), Hong Kong (1), Hungary (3), India (8), Indonesia (2), Iran (1), Kazakhstan (1), Korea Selatan (8), Belanda (2), New Zealand (1), Pakistan (1), Papua New Guinea (2), Filipina (2), Serbia (1), Singapura (4), Slovakia (1), Rusia (4), Sweden (1), Taiwan (10), Thailand (7), Ukraine (1), Amerika Syarikat (5) dan Vietnam (1).

Pemain Perancis, Constantin Bittoun Kouzmine yang menduduki menduduki ranking ke-22 ATF menjadi pilihan utama kategori lelaki manakala Ayumi Miyamoto dari Jepun menduduki ranking ke-21 ATF menjadi pemain pilihan kategori wanita.

Pusingan kelayakan akan bermula pada 12 dan 13 Mac ini.

 ??  ??
 ??  ?? TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an trofi kepada Patrick (tiga kiri) sambil disaksikan Setiausaha SLTA, Bernard Chin (dua kiri) dan Exco SLTA yang lain di Kuching semalam.
TERIMALAH: Abang Johari menyampaik­an trofi kepada Patrick (tiga kiri) sambil disaksikan Setiausaha SLTA, Bernard Chin (dua kiri) dan Exco SLTA yang lain di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia