Utusan Borneo (Sarawak)

11 BELIA LIMBANG BERPOTENSI UNTUK SUKAN TARIK KALAT

- Oleh Mastura Ismail

SASARAN mencari bakatbakat belia untuk diketengah­kan dalam sukan tarik kalat tercapai melalui penganjura­n Program Sukan Untuk Belia anjuran Pergerakan Pemuda Bukit Kota di Kampung Patiambun, Limbang baru-baru ini.

Ketua Pemuda PBB Bukit Kota yang juga Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat berkata, program itu diadakan bertujuan untuk mencari bakat-bakat baharu dalam kalangan anak-anak muda dalam sukan tarik kalat sejajar dengan penubuhan Persatuan Tarik Kalat Bahagian Limbang kelak.

“Pada program ini kita berjaya mengenal pasti 11 belia yang berbakat dalam sukan tarik kalat untuk diserap dalam Persatuan Tarik Kalat Bahagian Limbang menerusi acara Kuat Badang dan Tarik Kalat,” katanya.

Persatuan Tarik Tali berpusat di Limbang ditubuhkan dalam usaha mengangkat martabat sukan tarik kalat ke peringkat lebih tinggi.

Persatuan di bawah naungan Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti, Dr Abdul Rahman Ismail itu mampu menjadikan tarik kalat se-Borneo sebagai galakkan dari wilayah Kepulauan Borneo membabitka­n Sabah, Sarawak, Labuan dan Brunei Darussalam.

Sufian berkata lagi, dengan adanya program itu ia akan dapat menjadikan golongan belia lebih aktif dalam mengamalka­n budaya bersukan.

“Kita ingin mengajak golongan belia aktif dan bergerak cergas mem- babitkan diri dalam bidang sukan yang digemari,” ujar beliau.

Katanya, sukan dapat menjalin silaturahi­m antara penggemar sukan serta dapat menyatupad­ukan mereka yang menyertai sukan.

Turut sama ialah Ketua Kampung Patiambun Naim@Ahmad Mail dan jawatankua­sa Pergerakan Pemuda PBB Bukit Kota.

 ??  ??
 ??  ?? SUKAN UNTUK BELIA: Sufian (berdiri, lapan kiri), Naim (tujuh kiri) bergambar bersama para peserta program.
SUKAN UNTUK BELIA: Sufian (berdiri, lapan kiri), Naim (tujuh kiri) bergambar bersama para peserta program.
 ??  ?? TARIK KALAT: Salah satu pasukan yang menyertai acara tarik kalat di Patiambun. satu lagi ikon Limbang kerana mendapat penyertaan mengBERTEN­AGA: Seorang peserta program menunjukka­n kekuatanny­a mengangkat tayar besar. SEKUAT TENAGA: Para peserta...
TARIK KALAT: Salah satu pasukan yang menyertai acara tarik kalat di Patiambun. satu lagi ikon Limbang kerana mendapat penyertaan mengBERTEN­AGA: Seorang peserta program menunjukka­n kekuatanny­a mengangkat tayar besar. SEKUAT TENAGA: Para peserta...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Sufian (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.
TAHNIAH: Sufian (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia