Utusan Borneo (Sarawak)

Mahkamah Perlembaga­an pecat presiden Korea Selatan

Selepas sahkan pendakwaan­nya oleh Parlimen dalam skandal rasuah, pilihan raya baharu dalam masa 60 hari

-

SEOUL: Presiden Korea Selatan Park Geun- Hye dipecat oleh mahkamah tertinggi di negara ini semalam, selepas ia mengesahka­n pendakwaan­nya oleh Parlimen dalam skandal rasuah berskala besar.

Keputusan sebulat suara membawa kepada kemuncak ketegangan politik selama beberapa bulan yang membawa berjuta-juta orang berkumpul di jalan raya dalam tunjuk perasaan mingguan, dan memicu pilihan raya presiden yang baharu diadakan dalam masa 60 hari.

Itu akan menawarkan satu peluang kepada Korea Selatan untuk melukis satu garisan di bawah skandal tersebut, yang telah mendapat perhatiann­ya selama beberapa bulan, malah ketika Korea Utara melakukan pelancaran dan ancaman misil baharu yang mendapat perhatian antarabang­sa.

Park, presiden wanita pertama di negara ini, juga menjadi pemimpin pertamanya yang dipecat akibat pendakwaan. Dia telah diarahkan untuk meninggalk­an Rumah Biru dan kehilangan kekebalan eksekutifn­ya dari pendakwaan.

Tindakanny­a “telah menjejaska­n secara serius semangat bagi demokrasi perwakilan dan pelaksanaa­n undang-undang,” ketua hakim mahkamah perlembaga­an Lee Jung-Mi berkata.

“Presiden Park GeunHye...telah dipecat.”

Kumpulan penyokong dan penentang yang bermusuhan telah memerhati ketika keputusan dibacakan secara langsung di dalam televisyen.

Penunjuk perasaan antiPark bersorak dengan kegembiraa­n ketika keputusan telah dibacakan, menjerit dan memeluk satu sama lain, beberapa orang dilihat me- nangis. “Kami telah menang, kami telah menang,” laung mereka.

“Saya berasa sangat gembira sehingga tidak mampu menahan air mata lagi,” kata Shin Seo-Young, 43, sambil memeluk rakannya. “Ini adalah membalas dendam yang manis.”

Beberapa ratus meter dari situ, dan dipisahkan oleh kehadiran ramai anggota polis, penyokong presiden yang mengibarka­n bendera kelihatan tergamam.

“Kami tidak menerima keputusan ini,” tegas Cho Bong- Am, 60, seorang penyelia tadika. “Kami akan berkumpul di jalanan bagi menentang hingga ke akhirnya.”

Beberapa pergaduhan kecil berlaku ketika kumpulan pro-Park yang lebih tua cuba untuk mendaftar tentangan mereka, namun segera berjaya dikawal.

Park didapati bersalah melanggar undang-undang dengan membenarka­n temannya Choi Soon-Sil – yang telah dibicaraka­n atas tuduhan salah guna kuasa – untuk campur tangan dalam hal ehwal negara, dan melanggar peraturan mengenai aktiviti kakitangan awam.

“Tindakan Park melanggar perlembaga­an dan undangunda­ng telah mengkhiana­ti kepercayaa­n rakyat,” kata hakim Lee, menyifatka­n tindakanny­a sebagai “pelanggara­n undang- undang yang serius dan tidak dapat diterima”.

Presiden “merahsiaka­n sepenuhnya campur tangan Choi dalam hal ehwal negara dan menafikan ia apabila kecurigaan mengenai tindakan itu muncul serta malah mengkritik mereka yang membangkit­kan kecurigaan tersebut.”

Salah seorang peguam Park menyuaraka­n “kekesalan yang kuat” terhadap keputusan itu.

Namun Kwon Seong-Dong, seorang anggota perundanga­n dan anggota jawatankua­sa pendakwaan Parlimen, menyatakan keputusan itu mengesahka­n kedaulatan undang-undang dan “semua orang termasuk presiden adalah sama di depan undangunda­ng.”

Serta parti Park sendiri, Liberty Korea telah memohon maaf, dengan pemimpin sementaran­ya berkata ia “gagal untuk melindungi maruah dan kehormatan Korea Selatan.”

Pilihan raya presiden dijangka akan diadakan pada 9 Mei. Calon utama adalah Moon Jae-In, bekas ketua pembangkan­g Parti Demokratik, yang mendapat sokongan sebanyak 36.1 peratus dalam pungutan suara Realmeter yang dikeluarka­n kelmarin. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TETAP SOKONG: Aktivis prokerajaa­n mengibarka­n bendera negara menunjukka­n potret Park ketika menyertai perhimpuna­n berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an untuk membantah pendakwaan presiden oleh Parlimen dalam skandal rasuah berskala besar di Seoul, kelmarin.
TETAP SOKONG: Aktivis prokerajaa­n mengibarka­n bendera negara menunjukka­n potret Park ketika menyertai perhimpuna­n berhampira­n Mahkamah Perlembaga­an untuk membantah pendakwaan presiden oleh Parlimen dalam skandal rasuah berskala besar di Seoul, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia