Utusan Borneo (Sarawak)

Pos Bomba cepat ‘response time’

Konsep diperkenal tahun lepas, wujudkan pos di bandar-bandar besar

- TEMPATAN

6

Kita menyasarka­n 15 hingga 20 Pos Bomba akan diwujudkan di seluruh negara di lokasi strategik terutama di bandar-bandar besar.

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkena­lkan konsep ‘Fire Post’ atau Pos Bomba di bandar-bandar besar di seluruh negara bermula tahun lepas.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata konsep ini adalah bagi mempercepa­tkan ‘response time’ khususnya di kawasan yang sering berlaku kesesakan lalu lintas.

“Setakat ini sudah ada lapan Pos Bomba diwujudkan di Kuala Lumpur dan dua akan diwujudkan di Kuching iaitu di Malihah dan Batu Kawa.

“Kita menyasarka­n 15 hingga 20 Pos Bomba akan diwujudkan di seluruh negara di lokasi strategik terutama di bandar- bandar besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang ( APC) Tahun 2016 JBPM Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam di sini semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Wan Mohd Nor berkata angka kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran berjaya diturunkan sebanyak 34 peratus iaitu dari RM4.4 bilion pada tahun 2015 kepada RM2.9 bilion pada

Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim Ketua Pengarah JBPM

tahun 2016.

Lebih membanggak­an, angka korban akibat kebakaran juga berjaya dikurangka­n sebanyak 30 peratus iaitu dari seramai 153 kepada 107 bagi tempoh yang sama.

“Kita telah melalui tahun 2016 dengan cemerlang di mana secara purata kita telah menghadiri sebanyak 247 panggilan kecemasan sehari atau satu panggilan setiap enam minit.

“Walaupun jumlah panggilan yang diterima meningkat, namun angka kerugian dan kemusnahan harta benda akibat kebakaran berjaya diturunkan.

“Di samping itu, nilai harta yang berjaya diselamatk­an juga meningkat sebanyak 21.4 peratus iaitu dari RM29.5 bilion pada tahun 2015 kepada RM35.8 bilion pada tahun 2016,” katanya.

Tambah Wan Mohd Nor, kejayaan luar biasa ini adalah hasil kerja kuat dan strategi yang betul oleh semua pihak termasukla­h langkah-langkah drastik yang telah dilaksanak­an oleh jabatan selama ini.

Antaranya, penekanan kepada ‘response time’ di mana pada tahun lepas jabatan telah berjaya mengurangk­an masa purata ‘response time’ daripada 15.02 minit kepada 14.95 minit.

Jabatan turut berjaya meningkatk­an peratus menghadiri panggilan kecemasan dalam tempoh kurang dari 10 minit iaitu dari 44.49 peratus pada 2015 kepada 45.02 peratus pada 2016.

‘Response time’ ini dijangka akan bertambah baik lagi pada masa terdekat dengan siapnya 39 balai baharu yang sedang dalam pembinaan di mana 15 daripadany­a dijangka siap pada tahun ini.

Seramai 96 kakitangan JBPM Negeri menerima APC bagi tahun 2016 pada majlis itu semalam, manakala 63 orang lagi menerima Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Wan Mohd Nor (dua kiri) menyampaik­an APC dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun kepada kakitangan JBPM Negeri di Kuching semalam. Turut kelihatan Pengarah JBPM Negeri, Nor Hisham Mohammad (kiri).
TAHNIAH: Wan Mohd Nor (dua kiri) menyampaik­an APC dan Sijil Perkhidmat­an 30 Tahun kepada kakitangan JBPM Negeri di Kuching semalam. Turut kelihatan Pengarah JBPM Negeri, Nor Hisham Mohammad (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia