Utusan Borneo (Sarawak)

Buaya betina ditangkap dalam operasi SWAT SFC

Berukuran 2.17 meter, ia memakan umpan mata kail khas yang dipasang di muara Sungai Santubong

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Operasi memburu buaya di kawasan muara Sungai Santubong yang dilakukan Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar ( SWAT), Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) berjaya menangkap seekor buaya semalam.

Timbalan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) Oswald Braken Tisen berkata satu daripada umpan dipasang pada mata kail khas mengena seekor buaya betina berukuran 2.17 meter.

“Ini merupakan operasi kali kedua kita jalankan dengan kerjasama polis, RELA dan Perikanan di kawasan ini susulan ada kes orang kampung menjadi mangsa serangan buaya.

“Memandangk­an buaya ini kecil dan bukan sasaran kita, ia dipindah ke Pusat Hidupan Liar Matang,” katanya yang ditemui di jeti Jabatan Perikanan Santubong dekat sini.

Menurutnya, operasi yang diketuai Pegawai Hidupan Liar, SFC Christophe­r Kri Ubang yang bermula pada Isnin lepas ditamatkan pada hari ini.

“Malam ini (Jumaat) mereka akan memeriksa semula umpan yang dipasang sebelum menutup operasi esok hari (Sabtu),” katanya.

Sementara itu, pada Rabu lepas, Christophe­r berkata operasi itu membabitka­n 15 lokasi dan mata kail menggunaka­n umpan daging ayam dan kambing, dengan harapan dapat menangkap buaya sasaran.

Pasukan tersebut memeriksa umpan dua kali sehari - pagi dan petang - sejak Isnin lepas.

Menurutnya, lokasi meletak umpan yang disangkut pada mata kail khas adalah bergantung dengan kedudukan buaya sering dilihat oleh penduduk sekitar dan penilaian SWAT sendiri.

Buaya di kawasan muara Sungai Santubong merupakan jenis buaya air masin.

Kejadian terbaharu pada 9 Februari lepas, serangan buaya di kawasan Santubong membabitka­n mangsa Selamat Raub, 55, yang ditemui dalam keadaan tanpa kepala, tangan dan badan.

Mangsa diserang ketika menjala udang seorang diri di Sungai Santubong.

Ini merupakan operasi kali kedua kita jalankan dengan kerjasama polis, RELA dan Perikanan di kawasan ini susulan ada kes orang kampung menjadi mangsa serangan buaya. Oswald Braken Tisen Timbalan Pengurus Besar SFC

 ??  ?? BURU BUAYA: Christophe­r (tengah) bersama rakan-rakan operasi memburu buaya di Sungai Santubong menangkap buaya betina 2.17 meter.
BURU BUAYA: Christophe­r (tengah) bersama rakan-rakan operasi memburu buaya di Sungai Santubong menangkap buaya betina 2.17 meter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia