Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan pantas penduduk halang api merebak di rumah tiada penghuni

-

KUCHING: Tindakan pantas penduduk di Taman Samarindah, Kota Samarahan berjaya menghalang api merebak dari sebuah rumah yang ketiadaan penghuniny­a semalam.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar jam 10.15 pagi apabila seorang penduduk di situ melihat asap keluar dari tingkap bahagian dapur rumahnya jirannya dan terus menyiram air menggu- nakan hos paip.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak berkata anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan dikerahkan ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan berhubung kejadian pada jam 10.21 pagi.

“Kebakaran dapur tempat memasak rumah kediaman teres satu tingkat jenis struktur kekal dan kerosakkan hanya tiga peratus ‘smoke damage’ pada bahagian dindingnya.

“Api berjaya dipadamkan oleh orang awam dan kita hanya membuat pemantauan serta pemeriksaa­n bagi memastikan tiada wujud cetusan api dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.45 pagi,” katanya.

Seramai 16 anggota dari Balai Bomba Kota Samarahan dan Batu Lintang hadir di lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia