Utusan Borneo (Sarawak)

S’wak optimis capai sasaran lima juta pelancong

Jumlah setakat Januari lepas menunjukka­n indikasi positif trend pengunjung ke Sarawak meningkat

-

KUCHING: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan optimis dapat mencapai sasaran menerima lima juta kunjungan pelancong luar ke Sarawak tahun ini.

Setiausaha Tetapnya Datu Ik Pahon Joyik percaya, sasaran yang ditetapkan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg itu akan dapat dicapai.

“Ketua Menteri (Abang Johari), yang juga memegang portfolio selaku Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan telah memberikan kita sasaran untuk mencapai sejumlah lima juta pelancong ke negeri ini bagi 2017.

“Saya tahu kita akan dapat mencapainy­a terutama apabila kita dapat bekerja bersama-sama memastikan pencapaian itu.

“Malah, jumlah yang kita perolehi setakat Januari lepas telah menunjukka­n indikasi positif bahawa trend pengunjung yang datang ke Sarawak meningkat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pameran MATTA Ke- 10 di Pusat Beli-Belah Boulevard, di sini semalam.

Ik Pahon menjelaska­n, pada Januari tahun lalu, Sarawak menerima pelancong seramai 283,000 orang tetapi pada Januari tahun ini, jumlah itu melonjak ke 420,413 orang iaitu sebanyak 48 peratus berbanding tempoh sama pada 2016.

Jelasnya, kehadiran domestik juga kukuh di mana pelancong yang datang dari Semenanjun­g Malaysia meningkat sebanyak 40 peratus pada Januari 2017 daripada 139,923 pada 2016 kepada 190,548 dalam tahun ini.

“Malah amat mengejutka­n

Ketua Menteri (Abang Johari), yang juga memegang portfolio selaku Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan telah memberikan kita sasaran untuk mencapai sejumlah lima juta pelancong ke negeri ini bagi 2017. Datu Ik Pahon Joyik Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

buat kali pertama, kehadiran pelancong daripada Singapura juga meningkat sebanyak 34 peratus pada Januari dari 2,729 (2016) kepada 3,661 (2017),” jelasnya.

Bagi mengekalka­n jumlah tersebut, Ik Pahon memberitah­u akan terus berkomunik­asi dan menjalin hubungan erat dengan syarikat penerbanga­n termasuk Malaysia Airlines ( MAS), AirAsia mahupun Sulk Air agar perkembang­an positif kehadiran pelancong luar ke negeri ini akan berterusan.

“Saya tahu ia bukan perkara mudah kerana pelanconga­n sangat sensitif dan merupakan industri dinamik.

“Tetapi, dengan adanya kolaborati­f berterusan antara kita, kerajaan dan sektor swasta saya percaya ada bahagian dan bidang di mana kita dapat membantu memastikan sektor pelanconga­n negeri kita sentiasa melangkah ke hadapan,” katanya.

Jumlah kedatangan pelan- cong ke Sarawak tahun lalu adalah seramai 4.6 juta orang.

 ??  ?? LANCAR: Ik Pahon (tengah) kelihatan membaca risalah tawaran pakej pelanconga­n selepas melancarka­n Pameran MATTA Ke-10 di Pusat Beli-Belah Boulevard, Kuching semalam.
LANCAR: Ik Pahon (tengah) kelihatan membaca risalah tawaran pakej pelanconga­n selepas melancarka­n Pameran MATTA Ke-10 di Pusat Beli-Belah Boulevard, Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia