Utusan Borneo (Sarawak)

Jaminan kepada anak Penan selepas pengajian

Liwan yakin mereka diambil kerja oleh SEB, syarikat lain sebagai menyumbang balik kepada komuniti

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Anak- anak Penan khususnya di kawasan Belaga diberi jaminan akan diambil bekerja oleh Sarawak Energy Berhad (SEB) dan syarikat- syarikat lain selepas menamatkan pengajian di peringkat latihan dan teknikal mengikut bidang masing-masing.

Menteri Muda Pengangkut­an Air dan Keselamata­n merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Liwan Lagang yang optimis dengan perkara tersebut berkata, ia adalah sebahagian daripada tanggungja­wab syarikat-syarikat terlibat khususnya dalam pembanguna­n Empangan Hidroelekt­rik (HEP) Murum untuk menyumbang semula kepada masyarakat Penan yang terjejas.

“Setakat ini memang belum ada anak-anak Penan kita diterima bekerja di SEB mahupun syarikat luar lain kerana pada masa ini mereka masih bersekolah dan ada juga di antara mereka sedang menuntut di kolej-kolej kemahiran, teknikal dan latihan.

“Namun saya yakin dan percaya, selepas anak-anak ini mendapat pendidikan yang sepatutnya dan berjaya me-

Namun saya yakin dan percaya, selepas anak-anak ini mendapat pendidikan yang sepatutnya dan berjaya menamatkan pengajian mereka, mereka akan diambil bekerja oleh SEB dan syarikat lain, tidak kira dalam bidang pengurusan mahupun teknikal.

namatkan pengajian mereka, mereka akan diambil bekerja oleh SEB dan syarikat lain, tidak kira dalam bidang pengurusan mahupun teknikal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Geran Pelajar Penan Tajaan Tabung Amanah Bakun ( TAB) yang berlangsun­g di Centre of Technical Excellence Sarawak ( CENTEXS) di sini, semalam.

Seramai 13 anak-anak Penan diluluskan permohonan untuk mengikuti pelbagai kursus latihan dan teknikal yang ditawarkan oleh CENTEXS bagi sesi 2017.

Melahirkan harapan sama selepas SEB mengambil alih HEP Bakun kelak, kata Liwan, membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan adalah wajar berbanding hanya membiarkan mereka hanya melihat sahaja dan tidak menjadi sebahagian daripada pembanguna­n yang dibawa ke tempat mereka.

“Komuniti kita di Belaga telah banyak berkorban termasukla­h tanah, budaya dan kehidupan mereka atas sebab memberi ruang kepada pembanguna­n.

“Oleh yang demikian, penduduk di kawasan terjejas mengharapk­an syarikat yang membawa pembanguna­n di kawasan mereka turut menyumbang semula kepada mereka seperti memberi peluang pekerjaan,” jelasnya.

Mengenai majlis tersebut, Liwan memberitah­u, ia merupakan inisiatif TAB menerusi Jawatankua­sa Pendidikan Komuniti Penan yang diwujudkan sejak 2015 bertujuan untuk membantu kumpulan sasaran tersebut khusus di kawasan Belaga bagi mendapat pendidikan yang lebih baik.

Katanya, pihaknya juga teruja dan menghargai sumbangan yang dihulurkan oleh SEB iaitu menyediaka­n geran berjumlah RM200,000 setahun bagi menjayakan sebarang program yang dirancangk­an untuk komuniti Penan di konstituen­si itu.

“Kita tidak mahu anakanak Penan kita tercicir dalam pendidikan. Meskipun jurang antara mereka dengan anak di bandar sangat berbeza, ia tidak menjadi alasan untuk kita tidak mengetenga­hkan kepentinga­n pendidikan dalam kalangan mereka.

“Justeru, dengan adanya peruntukan yang diberikan SEB, kita akan membawa anak- anak Penan lepasan Tingkatan 3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk diperkenal­kan dengan kursus serta latihan teknikal sekali gus mengalakka­n mereka menyertai bidang- bidang yang ditawarkan sehingga berjaya menamatkan pengajian sebelum mereka diberi tempat pekerjaan mengikut bidang yang diceburi,” jelasnya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Bendahari Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak ( TEGAS) merangkap ADUN Balai Ringin Snowdan Lawan berkata, TEGAS juga tidak ketinggala­n mempromosi­kan bidang latihan dan teknikal kepada semua belia di Sarawak.

“TEGAS akan mengadakan siri jerayawara ke semua bahagian di Sarawak bermula dari Kuching sehingga ke Limbang dalam usaha mempromosi­kan bidang teknikal dan latihan yang ada selain memberi peluang kepada belia luar bandar, khasnya yang berminat untuk mendaftar nama mereka,” katanya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif CENTEXS Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman, ADUN Murum Kennedy Chukpai Ugon dan Pembantu Pengurus Besar Tanggungja­wab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah.

Liwan Lagang Menteri Muda Pengangkut­an Air dan Keselamata­n

 ??  ?? TAHNIAH: Liwan (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan geran kepada salah seorang daripada 13 anak-anak Penan yang diluluskan permohonan untuk menyertai CENTEXS bagi sesi 2017 pada Majlis Penyampaia­n Geran Pelajar Penan Tajaan TAB semalam. Turut kelihatan Snowdan (dua kanan), Syeed Mohd Hussien (kanan), Chukpai (tiga kiri) dan Jiwari (dua kiri).
TAHNIAH: Liwan (tiga kanan) menyampaik­an sumbangan geran kepada salah seorang daripada 13 anak-anak Penan yang diluluskan permohonan untuk menyertai CENTEXS bagi sesi 2017 pada Majlis Penyampaia­n Geran Pelajar Penan Tajaan TAB semalam. Turut kelihatan Snowdan (dua kanan), Syeed Mohd Hussien (kanan), Chukpai (tiga kiri) dan Jiwari (dua kiri).
 ??  ?? RAI WANITA: Yong (lima kiri) meraikan wanita-wanita SUPP Cawangan Kuching pada majlis ringkas di sebuah restoran di Kuching malam kelmarin.
RAI WANITA: Yong (lima kiri) meraikan wanita-wanita SUPP Cawangan Kuching pada majlis ringkas di sebuah restoran di Kuching malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia