Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Cawangan Kuching diingat sedia hadapi PRU14

-

KUCHING: Jentera Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Kuching diingatkan supaya bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang akan datang.

Peringatan itu dibuat oleh Pengerusi SUPP Cawangan Kuching Datuk Lily Yong pada sambutan Hari Wanita Antarbangs­a dan jamuan malam di sebuah restoran di sini kelmarin.

“Tidak kira siapa calon yang akan dipilih kelak, kita di Cawangan Kuching ini akan memberi sokongan penuh kepada keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti.

“Apa yang lebih penting kita perlu menggandak­an usaha untuk memenangi semula undi para pengundi di Bandar Kuching ini dan lain-lain kerusi yang diwakili oleh SUPP,” katanya.

Dua calon berpotensi SUPP Bandar Kuching, Kaunselor Jong Yean Ping dan Kaunselor Stanley Lau Sie Tung turut hadir pada majlis ringkas itu bagi meraikan wanitawani­ta hebat SUPP Bandar Kuching.

Mengulas mengenai majlis itu, Yong berkata meskipun ringkas namun ia amat penting dan dekat di hati mereka bagi meraikan wanita-wanita yang merupakan insan istimewa dalam keluarga dan masyarakat.

“Kejayaan anda menganjurk­an majlis ini dengan persiapan kurang daripada seminggu membuktika­n bahawa anda semua adalah wanita yang berkeboleh­an.

“Sebagai pemimpin, saya mahu melihat anda semua terus bergerak maju ke hadapan dan berubah mengikut perkembang­an semasa,” katanya di hadapan lebih 100 tetamu yang hadir.

Sementara itu, Pengerusi Seksyen Wanita Cawangan Kuching, Vicky Lim dalam ucapan ringkasnya sempena sambutan itu berkata wanita merupakan individu penting kepada institusi keluarga dan juga masyarakat.

Wanita, katanya, bukan sahaja memainkan peranan besar dalam institusi keluarga malah turut memainkan peranan sebagai wanita berkerjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia