Utusan Borneo (Sarawak)

46 keluarga di Tudan Desaras bakal nikmati bekalan elektrik dua bulan lagi

-

MIRI: Sejumlah 46 keluarga di Skim Penempatan Semula Tudan Desaras Fasa 6 bakal menikmati bekalan elektrik dalam tempoh dua bulan lagi.

Menteri Muda Pengangkut­an, Darat, Udara dan Keselamata­n Datuk Lee Kim Shin berkata kerja-kerja penyambung­an pendawaian elektrik dalam rumah dilaksanak­an dari rumah ke rumah bermula semalam.

“Senarai nama keluarga terbabit kita serahkan kepada kontraktor yang dipertangg­ungjawabka­n hari ini (semalam) dan kerja-kerja penyambung­an pendawaian dalam rumah terus dilaksanak­an.

“Jika tiada sebarang masalah, kerja-kerja tersebut siap dilaksanak­an bagi 46 keluarga dalam tempoh dua bulan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke skim tersebut di sini semalam.

Hadir sama Pengurus Wilayah Utara Sarawak En- ergy Berhad ( SEB) Miri, Tan Joo Kok dan Pembantu Khas Lee merangkap Ketua Publisiti SUPP Senadin, Erick Chin.

Menurut Lee yang juga Pengerusi SUPP Senadin, pihaknya turut menerima 64 permohonan lagi untuk proses penyambung­an elektrik itu.

Katanya, permohonan berkenaan akan diproses dalam tempoh enam bulan bagi memastikan kelancaran proses penyambung­an elektrik nanti.

Lee berkata, kerajaan sentiasa prihatin dengan keperluan rakyat dan berusaha membantu termasuk membekalka­n kemudahan asas.

“Sebagai contoh penyambung­an elektrik, mereka mendapat kemudahan ini turut mendapat subsidi kerajaan di bawah projek Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES) dengan bayaran ansuran RM1,200 dalam tempoh tiga tahun bagi penyambung­an pendawaian dalaman.

“Ini bermakna setelah proses penyambung­an tersebut dipasang mereka akan membayar kira- kira lebih RM30 untuk sebulan dalam tiga tahun itu,” jelasnya.

Pada masa sama, katanya, penerangan mengenai keselamata­n penggunaan elektrik turut dilakukan oleh SEB.

“Ia bertujuan untuk mengelakka­n pengguna menggunaka­n bekalan elektrik melebihi had.

“Kita nasihatkan mereka agar tidak membuat penyambung­an sewenang-wenangnya. Tetapi, sekiranya ingin membuat sambungan pendawaian bagi menambah pendawaian dapatkan perkhidmat­an mereka yang sah,” jelasnya.

Lee menambah, lebih 100 keluarga di Skim Penempatan Semula Tudan Desaras Fasa 6 mendapat dan menikmati bekalan elektrik melalui projek RES tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia