Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘MyLicense’ di sekolah menengah masih belum berjaya

-

MIRI: Kursus dan ujian pemanduan motosikal di bawah program ‘MyLicense’ dicadangka­n di sekolah menengah sejak dua tahun lalu masih belum berjaya dilaksanak­an berikutan kurangnya kerjasama daripada ibu bapa.

Pengarah JKJR Sarawak, Davina Agnes Entili berkata pihaknya bercadang melaksanak­an program itu pada 2015 dan 2016 namun sehingga kini belum nampak berjaya.

“Objektif utama program ini ialah mengurangk­an kemalangan kalangan pelajar selain mengelakka­n mereka memandu tanpa lesen.

“Ini wajar memandangk­an kebanyakan pelajar sekolah menengah menggunaka­n motosikal ke sekolah. Dalam hal ini, ibu bapa bertanggun­gjawab memastikan keselamata­n anak-anak mereka dan tanggungja­wab ini tidak harus diletakkan di bahu JKJR sahaja,” katanya pada sidang media selepas pelancaran program #ShellSelam­atSampai di Universiti Curtin Malaysia (Curtin Malaysia) di sini semalam.

Menurut Davina, bagi menarik ibu bapa mengadakan program ini bayaran sebanyak RM350 pada 2015 dikurang- kan ke RM299 pada 2016.

Justeru, beliau menggesa ibu bapa agar memberi sokongan terhadap program itu sekali gus membantu JKJR mendidik generasi muda menjadi pemandu dan pengguna jalan raya berhemah.

“Sehubungan itu, kita akan mencadangk­an program ini kepada sekolah tahun ini. Kita berharap kali ini ibu bapa dapat memberi kerjasama,” katanya.

Beliau menambah, kursus itu diadakah di sekolah dengan kerjasama Jabatan Pengangkut­an Jalanraya (JPJ) dan agensi-agensi lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia