Utusan Borneo (Sarawak)

JBPM Sarawak dijangka terima jentera daripada rakan di Seoul

-

KUCHING: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak dijangka akan menerima jentera daripada rakan seperjuang­an di Seoul, Korea Selatan.

Pengarah JBPM Negeri, Nor Hisham Mohammad berkata, sokongan dan bantuan ini diyakini dapat meningkatk­an lagi keberkesan­an khidmat kebombaan di kawasan-kawasan luar bandar selain memotivasi­kan pasukan.

“Selain sokongan dan bantuan dari rakan seperjuang­an di Seoul, Korea Selatan jabatan turut mendapat sokongan yang sangat baik daripada pihak wakil rakyat dalam penubuhan Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Antaranya, peruntukan sebanyak RM80,000 daripada Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti, Datuk Fatimah Abdullah kepada PBS Pekan Dalat bagi pembinaan balai serta pembelian peralatan operasi.

“Dengan adanya sebuah PBS yang lengkap di Pekan Dalat nanti, ia akan dapat menambah baik response time operasi dan menampung keperluan khidmat kebombaan di Dalat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Tahun 2016 JBPM Negeri Sarawak di Dewan Kompleks Islam Sarawak di sini semalam.

Selain itu, JBPM Sarawak turut menerima peruntukan berjumlah RM100, 000 daripada Ahli Parlimen Mukah, Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad untuk pembinaan Balai Bomba Sukarela di Balingian.

Terdahulu dalam ucapannya, Hisham berkata jabatan telah merekodkan kejayaan yang amat signifikan dalam beberapa operasi sepanjang tahun 2016.

Antaranya kejayaan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam tragedi nahas helikopter yang mengorbank­an enam nyawa di Sungai Batang Lupar.

Selain itu, kejayaan OPS Mulu-Gaskel turut memberi impak besar kepada imej jabatan yang telah mendapat liputan meluas di dalam dan luar negara.

“Selain operasi-operasi ini, jabatan kini menghadapi satu lagi bentuk cabaran baharu dan unik yang mungkin kurang atau tidak berlaku di negeri-negeri lain iaitu operasi berkaitan buaya sama ada menangkap atau mencari mangsa serangan buaya.

“Pada tahun 2016 sahaja, sebanyak tujuh kes operasi mencari dan menyelamat melibatkan mangsa serangan reptilia ini telah direkodkan dan dua bulan pertama ini sahaja kita telah menghadiri 4 operasi mencari dan menyelamat mangsa serangan buaya.

“Ini tidak termasuk 10 kes khidmat khas menangkap reptilia ganas ini yang masuk ke kawasan berhampira­n kediaman penduduk,” ujar Hisham.

 ??  ?? TAWARAN ISTIMEWA: Wakil Jualan Motorrad, Ben Foo bersama sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan pada jerayawara itu.
TAWARAN ISTIMEWA: Wakil Jualan Motorrad, Ben Foo bersama sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan pada jerayawara itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia