Utusan Borneo (Sarawak)

Projek dalam laluan pelabuhan Miri harus menjadi kenyataan

-

MIRI: Projek mendalamka­n terusan pemecah ombak ke pelabuhan Miri di Kuala Baram harus dijadikan realiti untuk menjadikan­nya sebagai pusat persinggah­an kapal utama dan memperkasa ekonomi Miri.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu (UPP) Pujut, Bruce Chai berkata kekerapan penangguha­n projek itu tidak seharusnya berlaku kerana potensi besar pelabuhan Kuala Baram sebagai pintu masuk laut ekonomi di Utara Sarawak merangkumi Miri, Hulu Baram, Limbang, Lawas dan negara jiran, Brunei Darussalam.

“Terusan itu membenarka­n kemasukan kapal-kapal besar ke pelabuhan kita sekali gus menjana pembanguna­n industri, perladanga­n serta memanfaatk­an penduduk dan ekonomi Miri,” ka- tanya.

Setiausaha Penganjur UPP Pusat itu berkata demikian mengulas cadangan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing membina pelabuhan laut di Tanjong Po dekat Kuching.

UPP Pujut menyokong sepenuhnya usaha itu sebagai usaha kerajaan negeri memantapka­n infrastruk­tur yang pastinya memanfaatk­an rakyat dan negeri secara keseluruha­nnya.

“Penduduk Miri juga mahukan projek-projek infrastruk­tur yang boleh menjadi pemangkin ekonomi bandar raya ini agar lebih berdaya saing seperti bandar raya dan bahagian lain di Sarawak,” jelas beliau.

Menurut Bruce, pelabuhan Miri berdepan masalah muara sungai cetek menca- catkan usaha menjadikan­nya pusat persinggah­an kapalkapal besar.

Kerana masalah laluan masuk ini, kapal-kapal besar perlu melepaskan kargo di laut dan dipindahka­n ke tongkang- tongkang sebelum dihantar ke pelabuhan Miri.

“Kerja-kerja ini bukan sahaja menelan kos tinggi tetapi memakan masa serta risiko kerosakan kargo khasnya ketika ombak besar dan cuaca buruk,” katanya.

Kepada industri kapal di Miri, laluan cetek ke pelabuhan itu menyekat perkhidmat­an mereka khasnya penggunaan kapal-kapal besar.

Sokongan kerajaan negeri serta kerajaan pusat penting kepada penduduk Miri merealisas­ikan projek mendalamka­n muara sungai Kuala Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia