Utusan Borneo (Sarawak)

PBDSB menentang hudud, pembentang­an RUU355

-

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) menentang pelaksanaa­n hukum hudud kerana ia bercanggah dengan semangat yang diterapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 ( MA63).

Presidenny­a Cobbold John berkata, PBDSB tetap dengan pendirian untuk menentang pelaksaan hukum hudud dengan pembentang­an Rang Undang- Undang 355 ( RUU 355).

“PBDSB menyuaraka­n hak dan kebajikan rakyat Sarawak yang akan terkesan dengan pelaksanaa­n hukum hudud di negara ini, semua ahli kita menyokong penuh dan membantah RUU355 dibentangk­an.

“Ini kerana ia bertentang­an dengan semangat yang ditetapkan ketika menandatan­gani MA63,” katanya menerusi kenyataan akhbar di sini semalam.

Cobbold menegaskan lagi, RUU355 adalah langkah Parti Islam SeMalaysia ( PAS) yang disokong UMNO untuk melaksanak­an hudud.

Katanya, PBDSB akan menjadikan RU355 sebagai isu yang akan dibangkitk­an pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 nanti untuk meraih sokongan rakyat di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia