Utusan Borneo (Sarawak)

100 peserta dijangka jayakan gotongroyo­ng anjuran PKKS Kawasan Sibu Jaya

-

SIBU: Seramai 100 peserta dijangka menyertai aktiviti gotong-royong anjuran Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak (PKKS) Kawasan Sibu Jaya di Dataran Bandar Sibu Jaya esok mulai jam 8 pagi.

Gotong-royong julung kali itu turut mendapat kerjasama Persatuan Veteran Tentera Malaysia Negeri Sarawak (PVTMS), Kawasan Rukun Tetangga Kawasan Sibu Jaya dan Persatuan Masyarakat Sibu Jaya.

Pengerusi pengelola, Chieng Huo Ing menyeru penduduk di kawasan Sibu Jaya hadir beramai- ramai menyertai aktiviti tersebut.

“Setiap anggota masyarakat bukan sahaja memainkan peranan dalam aspek keselamata­n, malah dari segi keselesaan dan kebersihan kawasan kediaman.

“Keadaan yang bersih dapat menarik minat orang ramai untuk datang ke Sibu Jaya,” katanya di sini semalam.

Aktiviti itu dijangka dirasmikan Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Robert Lau.

Menurut pengerusi bersama, Mohd Bakri Yusoff aktiviti itu bertujuan mengeratka­n hubungan masyarakat di kawasan perumahan terbabit.

“Kebersihan bandar ini adalah tanggungja­wab bersama. Oleh itu, kita memohon kerjasama semua penduduk turut serta dan menjayakan gotong-royong ini,” katanya.

Aktiviti itu melibatkan kawasan komersil di bandar baharu Sibu Jaya dibahagika­n kepada tiga zon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia