Utusan Borneo (Sarawak)

40 sertai Pertanding­an Boling Warga Emas dan Kunjungan Mesra

-

SARIKEI: Seramai 40 peserta terdiri warga emas menyertai Pertanding­an Boling Warga Emas dan Kunjungan Mesra ke Pusat Aktiviti Warga Emas Sibu kelmarin.

Program itu bagi memberi peluang kepada peserta merasai permainan boling kerana rata- rata mereka terlibat tidak pernah bermain boling sepanjang usia mereka.

Pada masa sama, aktiviti itu turut berfungsi melahirkan warga emas sihat dan cerdas.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada warga emas dari Sarikei berkenalan, berkongsi pendapat dengan ahli-ahli Persatuan Warga Emas Sibu.

Turut hadir Penyelaras Unit Warga Emas Pejabat Kebajikan Masyarakat Sarikei, Abdul Malek Jobli dan Pembantu Penyelaras Unit Warga Emas, Kamaludin Sibang.

 ??  ?? AKTIF: Warga emas Sarikei turut serta pada Pertanding­an Boling Warga Emas dan Kunjungan Mesra ke Pusat Aktiviti Warga Emas Sibu, kelmarin.
AKTIF: Warga emas Sarikei turut serta pada Pertanding­an Boling Warga Emas dan Kunjungan Mesra ke Pusat Aktiviti Warga Emas Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia