Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Kebuaw damba laluan ke jalan utama

Tiga jambatan harus dibina termasuk dua yang hanya berukuran sedepa realisasi impian penduduk

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Penduduk Kampung Kebuaw, Igan ingin melihat kampung mereka dihubungka­n dengan jalan raya utama dan turut membolehka­n kenderaan darat dibawa masuk.

Bagaimanap­un, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, terdapat tiga jambatan harus dibina untuk merealisas­ikan impian berkenaan.

“Tiga jambatan harus dibina untuk tujuan menghubung­kan Kampung Kebuaw dengan jalan raya utama,” katanya kepada Utusan Borneo ketika lawatannya ke kampung terbabit, baru-baru ini.

Dua daripada jambatan yang harus dibina itu, jelasnya, hanya berukuran sedepa dan satu lagi mempunyai ukuran lebih besar.

Walaupunpr­ojekberken­aan telah diluluskan di bawah Program Transforma­si Luar Bandar dan mempunyai peruntukan RM300,000, ia tidak mencukupi untuk membina ketiga-tiga jambatan dimaksudka­n.

“Kita akan cuba buat rundingan dan perbincang­an semuladeng­anpihakber­kaitan untuk peruntukan supaya jambatan dapat dibina dan menghubung­kan Kampung Kebuaw dengan jalan raya utama,” kata Juanda.

Dalam pada itu, beliau turut berkesempa­tan merasmikan Surau Al-Salam di kampung berkenaan. Beliau berpesan supaya penduduk menggunaka­n kemudahan tempat beribadah itu sebaiknya di samping tempat pelajar mengikuti kelas.

“J a n g a n h a d k a n penggunaan surau hanya untuk beribadah, juga boleh diadakan majlis berkaitan ilmu dan sebagainya yang memberikan manfaat kepada penduduk,” ujarnya lagi.

Juanda juga membuat lawatan ke Chapel Saint Theresa kerana berandanya mengalami kebocoran ketika hujan.

“Saya difahamkan usia chapel ini sudah mencecah 25 tahun dan tiada penyelengg­araan sejak ia dibina pada 1992,” kata beliau dan bakal membuat anggaran pembaikan kerana ia adalah keperluan penduduk.

Kita akan cuba buat rundingan dan perbincang­an semula dengan pihak berkaitan untuk peruntukan supaya jambatan dapat dibina dan menghubung­kan Kampung Kebuaw dengan jalan raya utama. Datuk Dr Juanda Jaya ADUN Jemoreng

 ??  ?? JEMPUT: (Dari kiri) Mohd Bakri, Chieng dan Penolong Pegawai Tadbir PVTMS, Syafika Nursahara pada sidang media semalam.
JEMPUT: (Dari kiri) Mohd Bakri, Chieng dan Penolong Pegawai Tadbir PVTMS, Syafika Nursahara pada sidang media semalam.
 ??  ?? SATU DEPA: Juanda (berdiri) sambil mendepakan tangan di kawasan jambatan yang harus dibina untuk menghubung­kan Kampung Kebuaw dengan jalan raya utama.
SATU DEPA: Juanda (berdiri) sambil mendepakan tangan di kawasan jambatan yang harus dibina untuk menghubung­kan Kampung Kebuaw dengan jalan raya utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia