Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Sape Dayak Sibu dijemput adakan ‘busking’ di Pusat Warisan Sibu esok

-

SIBU: Sempena ‘Sibu Tower Run’ merupakan salah satu acara Tahun Melawat Sibu (TMS) 2017, Kelab Sape Dayak Sibu (KSDS) dijemput khas mengadakan ‘busking’ di Pusat Warisan Sibu, Jalan Central esok (12 Mac).

Pengerusi Protem KSDS, Anthony Abong berkata persembaha­n mereka bermula jam 4 petang hingga 7 malam.

“KSDS dijemput menjayakan ‘Sibu Heritage Busking’ 2017 sempena dengan Sibu Tower Run merupakan salah satu acara TMS 2017.

“Program ini turut mendapat sokongan Pusat Warisan Sibu, Borneo Even Entertainm­ent, Lembaga Pelanconga­n Sarawak dan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS),” katanya di sini semalam.

Menurutnya, dengan peluang ini penganjur menggunaka­n aktiviti ‘busking’ memperkena­l kewujudan kelab serta mempromosi­kannya kepada orang ramai termasuk badan-badan tertentu.

“Kita menganggap aktiviti itu sebagai mengeratka­n silaturahi­m kalangan ahli, badan-badan terbabit serta masyarakat,” katanya sambil merakamkan penghargaa­n kepada penganjur sudi menjemput KSDS menjayakan acara tersebut.

Sementara itu, Anthony memberitah­u KSDS membuat persembaha­n sape seperti ‘Lasan’, ‘Datun Julud’, ‘Leleng’, ‘Lelau’ serta pelbagai lagu menggunaka­n muzik sape termasuk persembaha­n solo beberapa orang ahli kelab.

Selain itu, apa yang menarik akan diketengah­kan ialah persembaha­n sape berkumpula­n membabitka­n seramai 20 orang.

“Mereka terlibat memainkan sape beramai-ramai menghasilk­an pelbagai nada dan ton mengikut peranan masingmasi­ng. Ia juga boleh dipanggil perhimpuna­n pemain-pemain sape dari KSDS sudah pasti mempunyai tarikan tersendiri serta kelainan,” jelasnya.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Pusat Warisan Sibu, Jalan Central di sini esok memeriahka­n acara TMS 2017 sekali gus berhibur dengan pelbagai genre muzik sape.

 ??  ?? TEMUI KAMI: Pemain sape dari KSDS diketuai Anthony (berdiri, lima kiri) akan membuat persembaha­n di Pusat Warisan Sibu esok.
TEMUI KAMI: Pemain sape dari KSDS diketuai Anthony (berdiri, lima kiri) akan membuat persembaha­n di Pusat Warisan Sibu esok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia