KWSP Cawangan Sibu adakan kunjungan hormat terhadap Hii
SIBU: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Cawangan Sibu mengadakan kunjungan hormat terhadap Residen Bahagian Sibu, Hii Chang Kee di sini semalam.
Kunjungan itu diketuai ketua cawangan baharu, Saini Taiban.
Turut serta Ketua Penguat Kuasa KWSP Sibu, Obed George dan Ketua Perkhidmatan KWSP Sibu, Shafree Hasan.
Tujuan kunjungan itu memperkenal Saini yang baharu bertugas di sini serta menerangkan hal-hal terkini serta berkaitan dengan KWSP kepada Hii.
Pada akhir pertemuan, Saini turut menyampaikan cenderamata kepada Hii bagi KWSP Sibu.