Utusan Borneo (Sarawak)

Komited pastikan Sibu Jaya jadi bandar berjaya

Kewujudan MDLBS bukan menyukarka­n, sebaliknya laksana tanggungja­wab untuk kebaikan semua

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu ( MDLBS) komited untuk memastikan Sibu Jaya menjadi sebuah bandar yang berjaya serta teratur dan terancang.

Timbalan Pengerusin­ya Kaunselor Robert Lau Hui Yew berkata, ini kerana ia berpotensi serta boleh membawa kepada lebih banyak peluang perniagaan untuk penduduk setempat.

“Bagaimanap­un, ada beberapa peraturan yang perlu dipatuhi dan rakyat juga mesti memahami bahawa ia adalah demi kepentinga­n terbaik mereka untuk mengikuti kaedah- kaedah itu,” katanya semasa sesi dialog bersama pengusaha perniagaan, pemilik kedai, syarikat pemaju dan kaunselor di Perpustaka­an Sibu Jaya, kelmarin.

Menurutnya, kewujudan MDLBS bukanlah untuk menyukarka­n hidup serta peluang perniagaan kepada mereka yang berkenaan, sebaliknya hanya menjalanka­n tanggungja­wab berlandask­an undang-undang serta peraturan sedia ada.

“Kami berada di sini bukanlah untuk membuat hidup anda mengalami kesukaran bagi menjalanka­n operasi perniagaan tertentu,” katanya merujuk kepada aktivitiak­tiviti yang menimbulka­n kesulitan kepada orang lain dalam bentuk perniagaan yang tidak berlesen atau penggunaan ruang awam.

Sesi dialog itu diadakan untuk membolehka­n pihak berkepenti­ngan tahu apa yang mereka boleh gunakan dan melalui saluran yang betul untuk penggunaan sementara ruang tertentu.

Ia juga bertujuan sebagai platform untuk mereka menyuaraka­n dan memberi maklum balas kepada pihak majlis.

Lebih daripada 100 peserta hadir pada sesi dialog itu yang digambarka­n oleh Lau sebagai sangat berjaya kerana beliau dapat melihat sendiri bahawa para peserta bersedia untuk bekerjasam­a dengan MDLBS.

Katanya lagi, semua pihak komited untuk menyele- saikan cabaran dan bukannya menyalahka­n antara satu sama lain berkenaan masalah perniagaan atau penggunaan tempat awam di Sibu Jaya.

“Ya, kita akan sentiasa mempunyai perbezaan pendapat. Tetapi apa yang pent- ing ialah rakyat tahu bahawa MDLBS berada di sini bukan untuk membuat perkara yang sukar bagi mereka.

“Dan kita semua dalam MDLBS juga tahu bahawa kewujudan pihak kita adalah untuk memudahkan keper- luan rakyat dan oleh itu, kami akan sentiasa berusaha untuk melakukan apa yang kita boleh buat untuk rakyat,” tegasnya.

Untuk itu, Lau mengingatk­an rakyat bahawa mereka hanya mempunyai satu peluang untuk mendapatka­n yang terbaik iaitu dari segi pembanguna­n dan perbandara­n yang teratur dan terancang.

Beliau menegaskan, segala-galanya telah dirancang dengan baik di Sibu Jaya dan bandar itu juga telah pun memenangi beberapa anugerah bagi perancanga­n bandar yang cemerlang.

“Ia kini terpulang kepada rakyat dan MDLBS untuk memastikan bahawa bandar ini tumbuh dengan terancang dan teratur.

“Hanya bandar yang teratur dan progresif boleh membawa lebih banyak peluang perniagaan untuk rakyat,” tambahnya.

Ya, kita akan sentiasa mempunyai perbezaan pendapat. Tetapi apa yang penting ialah rakyat tahu bahawa MDLBS berada di sini bukan untuk membuat

mereka. ” perkara yang sukar bagi Kaunselor Robert Lau Hui Yew Timbalan Pengerusi MDLBS

 ??  ?? MESRA: Lau (kanan) ketika beramah mesra dengan penduduk setempat semasa mengadakan tinjauan ke Pasar Tamu Sibu Jaya, kelmarin.
MESRA: Lau (kanan) ketika beramah mesra dengan penduduk setempat semasa mengadakan tinjauan ke Pasar Tamu Sibu Jaya, kelmarin.
 ??  ?? TAKLIMAT: Guru-guru penyelaras Tunas Doktor Muda bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu semasa taklimat semalam.
TAKLIMAT: Guru-guru penyelaras Tunas Doktor Muda bersama Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu semasa taklimat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia