Utusan Borneo (Sarawak)

PMSB harus jalin kerjasama dengan akademi serupa ke peringkat global

-

SIBU: Pelita Maslaut Sdn Bhd (PMSB) harus mempunyai jalinan kerjasama dengan akademi serupa di peringkat global sebagai usaha mengangkat akademi itu ke tahap lebih tinggi.

Menteri Muda Perumahan dan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, arus pemodenan yang bergerak pantas telah mengubah landskap dalam industri laut.

Oleh itu, dalam akademi atau kerjaya pelaut perlu sentiasa menjalinka­n kerjasama atau bergabung dengan akademi serupa lain untuk mempelajar­i teknologi atau pengetahua­n baharu.

“Sebab itu, perhubunga­n satu akademi dengan akademi lain yang lebih besar perlu sentiasa dirapatkan.

“Kita tidak boleh membiarkan diri kita hanya menjalin hubungan di dalam Sarawak sahaja, tetapi kita juga harus terbuka dan melihat perubahan yang sedang berlaku dalam industri perkapalan.

“Dengan ini, baharu kita dapat meningkatk­an kemajuan dalam akademi kita,” katanya semasa berucap merasmikan Majlis Ulang Tahun Kumpulan PMSB Ke-15 di Dewan Kompleks Islam di sini, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, PMSB harus melihat secara holistik tentang apa yang patut ditambah baik sama ada dalam modul dan silibus lati- han mereka supaya akademi tersebut dapat berkembang dengan lebih besar.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Abdul Karim menggesa PMSB agar meningkatk­an akreditasi mereka kerana dalam setiap bidang yang mereka tawarkan mempunyai tahap akreditasi sendiri, sama ada peringkat Malaysia mahupun antarabang­sa.

“Dari apa yang saya lihat dari kursus yang diadakan di akademi ini memang bagus sekali dan ia adalah secara menyeluruh­termasukbe­rkaitan pengendali­an kapal, kebersihan dan sebagainya yang berkaitan dengan industri perkapalan serta minyak dan gas.

“Sebaik sahaja diiktiraf di seluruh dunia, graduan keluaran PMSB dapat meluaskan kerjaya mereka ke pasaran global,” katanya.

Beliau turut mencadangk­an agar PMSB bersama agensi berkaitan termasuk Jabatan Laut melihat keperluan untuk menjalanka­n kursus jangka masa pendek kepada pemilik bot kecil.

“Pelaksanaa­n kursus tersebut adalah untuk memastikan tahap keselamata­n bot mereka sentiasa berada dalam keadaan terjamin, selain memberi pendedahan dan latihan kepada pemilik bot tentang apa yang perlu dilakukan semasa berlakunya kecemasan di atas laut,” katanya.

Majlis yang berlangsun­g meriah itu turut menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) antara PMSB dan Jaya Coastal Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Urusan PMSB Masni Amit, menerusi MoU berkenaan, pelatih PMSB akan dihantar melakukan latihan praktikal di Jaya Coastal sekurangku­rangnya 70 pelatih dalam tempoh enam bulan.

Selain Jaya Coastal, Masni menambah, pada masa akan datang PMSB juga akan menandatan­gani MoU dengan dua syarikat lagi iaitu di Miri dan Bintulu.

Hadir sama ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi, Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Abu Seman Jahwie, Pengerusi Sing Kiong Dockyard Sdn Bhd Dato Albert Ling Kiong Ping, Pengurus Besar PMSB Mohamad Nazim Masni dan Ketua Penolong Pengarah Unit Peperiksaa­n dan Perakuan Pelaut, Ibu Pejabat Laut Malaysia Kepten Sukhbir Singh Gopal Singh.

 ??  ?? PERASMIAN: Abdul Karim (empat kiri) melakukan gimik perasmian Majlis Ulang Tahun Kumpulan PMSB Ke-15, sementara Masni (tiga kiri) dan yang lain melihat sama.
PERASMIAN: Abdul Karim (empat kiri) melakukan gimik perasmian Majlis Ulang Tahun Kumpulan PMSB Ke-15, sementara Masni (tiga kiri) dan yang lain melihat sama.
 ??  ?? TINJAU: Harden (dua kiri), Jilin (kiri), Andar (kanan) serta yang lain ketika melawat projek Jambatan Temiang Undop pagi semalam.
TINJAU: Harden (dua kiri), Jilin (kiri), Andar (kanan) serta yang lain ketika melawat projek Jambatan Temiang Undop pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia