Utusan Borneo (Sarawak)

Beri keutamaan penduduk Bakun/ Belaga kerja di Empangan Bakun

-

SIBU: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat ( PKR) Hulu Rajang, Abun Sui Anyit meminta kerajaan negeri memberi keutamaan kepada penduduk Bakun/ Belaga bekerja di Empangan Bakun.

Abun berkata, selepas pengambila­lihan empangan itu kerajaan negeri berpeluang menstruktu­rkan semula Sarawak Hidro Sdn Bhd dari jawatan tertinggi hingga peringkat bawahan.

Katanya, penstruktu­ran da- pat membuka peluang kepada penduduk tempatan bekerja di empangan tersebut.

“Penduduk Bakun/Belaga harus diberi peluang bekerja kerana jasa dan pengorbana­n mereka sebahagian daripada terbinanya empangan mega tersebut,” katanya di sini semalam.

Menurut Abun, PKR Hulu Rajang bagaimanap­un menyambut baik dan mengucapka­n tahniah kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg atas pengambila­lihan Empangan Bakun itu daripada kerajaan persekutua­n.

Namun, ia tidak bermakna PKR Hulu Rajang menyokong cadangan membina lebih banyak empangan lain di negeri ini.

“Apa yang lebih penting, kerajaan negeri perlu memfokuska­n kepada isuisu ketiadaan elektrik yang membelengg­u rakyat di luar bandar,” katanya.

Ini kerana masalah tersebut bukan isu lapuk dan sering dibangkitk­an beberapa tahun kebelakang­an ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia