Utusan Borneo (Sarawak)

Harden lawat projek Jambatan Temiang Undop

-

SRI AMAN: Menteri Muda Ekonomi Luar Bandar dan Perladanga­n, Datuk Francis Harden Hollis melawat perkembang­an projek pembinaan Jambatan Temiang Undop di sini pagi semalam.

Harden berkata, beliau melihat sendiri perkembang­an projek itu bagi memastikan ia berjalan lancar dan disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

“Ini bagi memastikan projek tersebut siap mengikut jadual agar rakyat dapat manfaat,” katanya ditemui di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang itu berharap projek tersebut dapat siap mengikut perancanga­n asal.

“Saya tidak mahu projek ini terbangkal­ai, sekiranya terbengkal­ai dan lambat maka wakil rakyat akan dimarahi oleh rakyat.

“Saya melakukan pemantauan dari semasa ke semasa memastikan segala projek di kawasan ini di laksanakan mengikut jadual ditetapkan,” jelasnya.

Beliau menggesa kontraktor perlu bertanggun­gjawab dan berintegri­ti menepati tempoh pelaksanaa­n sesuatu projek.

Turut sama Pegawai Kanan Bomba II Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman Jilin Itar, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Sri Aman ( MDSA) dan Kaunselor Andar Suntai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia