Utusan Borneo (Sarawak)

Pejabat Kesihatan anjur taklimat kepada guru penyelaras Tunas Doktor Muda Bintulu

-

BINTULU: Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu mengadakan taklimat khusus untuk guru-guru penyelaras Tunas Doktor Muda Bahagian Bintulu di sini semalam.

Selain taklimat turut diadakan penyerahan bahan-bahan keperluaan pembelajar­an dan aktiviti Tunas Doktor Muda kepada prasekolah terdiri Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, SK Kidurong I, SK Agama Majlis Islam Sarawak (MIS) Bintulu, SK Asyakirin dan SK Sungai Setiam.

Diikuti Tadika KEMAS Kampung Jepak, Tadika KEMAS Kampung Kuala Segan, Tadika KEMAS Ibu Pejabat Polis (IPD) Bintulu, Tadika KEMAS NKRA (Bidang Keberhasil­an Utama Negara) Rumah Ugos Sugon dan Tadika KEMAS NKRA Kampung Hulu Nyalau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia