Utusan Borneo (Sarawak)

Tingkat kecekapan laksana program kemasyarak­atan

Pemimpin masyarakat juga harus memupuk perpaduan

- Oleh Kelvin Lambai

Kita perlu bangga dengan keunikan negeri kita ini yang mempunyai rakyat dan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama. Di Sarawak, kita meraikan kepelbagai­an perayaan di negeri ini yang merupakan kekuatan kita bersama.

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat diseru meningkatk­an kecekapan dan produktivi­ti dalam menjalanka­n program-program kemasyarak­atan di peringkat komuniti.

Pegawai Daerah Sri Aman, Ismawie Salleh berkata mereka juga harus meningkatk­an daya saing dan menambah nilai dalam usaha ke arah memupuk perpaduan nasional dan membantu kerajaan membangunk­an modal insan demi kepentinga­n bersama.

Menurut beliau, semua usaha yang sedang dilakukan oleh kerajaan tidak akan mencapai hasil sekiranya rakyat tidak bersatu padu dan bekerjasam­a.

“Kita perlu bangga dengan keunikan negeri kita ini yang mempunyai rakyat dan masyarakat pelbagai kaum, budaya dan agama.

“Di Sarawak, kita meraikan kepelbagai­an perayaan di negeri ini yang merupakan kekuatan kita bersama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sempena Program Gotong-Royong Bersama Kakitangan Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Kecil Pantu dan Lingga bertempat di Bangunan Pejabat Daerah Kecil Lingga di sini malam kelmarin.

Ismawie berkata, perayaan di Malaysia ini dapat memberi peluang kepada para pelancong khasnya dari luar negara melihat sendiri bagaimana pucuk pimpinan dan masyarakat berkongsi kegembiraa­n dan kemeriahan perayaan dalam suasana yang aman, damai dan harmoni.

“Kita dapat hidup dengan aman dan makmur kerana kita sentiasa mengamalka­n permuafaka­tan dan perkongsia­n kuasa di kalangan rakyat berbilang bangsa.

“Permuafaka­tan ini perlu dipertingk­atkan dari semasa ke semasa dan diterap di segenap lapisan masyarakat,” jelasnya.

Justeru, perpaduan tidak harus dianggap perkara kecil kerana kemakmuran yang dikecapi pada masa ini adalah hasil perjuangan dan pengorbana­n generasi terdahulu.

“Jangan sesekali kita leka dengan kesenangan yang kita nikmati ini dan jangan kita lupa bahawa kita perlu sentiasa memelihara perpaduan dan semangat muhibah yang

Ismawie Salleh Pegawai Daerah Sri Aman

kita miliki hari ini,” tegasnya.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Sri Aman Hamdan Katang, Pegawai Tadbir Sarawak Daerah Kecil Lingga Ellfizan Paukan, Pegawai Tadbir Sarawak di Pejabat Daerah Sri Aman Azmi Morshidi, Hamizan Yahya dan Firdaus, Temenggung Abang Bohari Abang Zen, Penghulu Belie Blassan, Penghulu Jemari Edi serta yang lain.

 ??  ?? TERIMA KUNJUNGAN: Kelvin (kiri) dan Pengurus Hope Place Heidi Law berbincang sesuatu ketika menerima kunjungan hormat YMCA Singapura yang diketuai Leo, kelmarin.
TERIMA KUNJUNGAN: Kelvin (kiri) dan Pengurus Hope Place Heidi Law berbincang sesuatu ketika menerima kunjungan hormat YMCA Singapura yang diketuai Leo, kelmarin.
 ??  ?? TANDA INGATAN: Ellfizan menyampaik­an cenderamat­a kepada Ismawie (kanan) pada majlis berkenaan.
TANDA INGATAN: Ellfizan menyampaik­an cenderamat­a kepada Ismawie (kanan) pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia