Utusan Borneo (Sarawak)

Baru kecewa graduan muda Sarawak tidak diberi peluang bekerja dalam Pan Borneo

-

KUCHING: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian kelmarin melahirkan kekecewaan atas laporan yang diterimany­a berhubung graduan muda Sarawak yang tidak diberi peluang mendapat pekerjaan dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB).

Beliau berkata, sebaliknya peluang pekerjaan tersebut telah dipintas dan diberikan kepada rakyat Semenanjun­g Malaysia dan luar negara.

Baru yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan berkata seperti yang difahaminy­a, projek yang dijalankan rakan kongsi iaitu Lebuh raya Borneo Utara (LBU), bagi jawatan teknikal calon mestilah mempunyai pengalaman sekurang-kurang- nya lima tahun.

“Syarat yang diperuntuk­kan LBU ini terpakai kepada semua syarikat yang telah dianugerah­kan 11 pakej kerja dan keadaan ini berkesan tidak termasuk sekumpulan besar rakyat Sarawak yang bersedia untuk bekerja tetapi tidak mendapat pekerjaan dalam projek ini kerana syarikat-syarikat tempatan terpaksa merekrut pekerja dari luar Sarawak.

“Ini melibatkan jawatan yang boleh diisi oleh rakyat negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin.

Malah bukan itu sahaja, Baru turut menjelaska­n bahawa beliau difahamkan kakitangan kontraktor tempatan terikat dengan skala gaji yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kewangan, tidak seperti mereka yang bekerja dengan menyebabka­n wujud jurang besar dalam aspek gaji besar (sehingga 50 peratus perbezaan) di antara pekerja dari Sarawak dan pekerja dari luar.

“Perbezaan ini lebih ketara memandangk­an tahap yang lebih tinggi daripada tanggungja­wab pekerja tempatan yang ditugaskan untuk kawalan kualiti,” jelasnya.

Beliau juga difahamkan bahawa pekerja bukan Sarawak bekerja tanpa permit kerja dan oleh itu tidak dilindungi insurans semasa menjalanka­n kerja mereka.

“Keadaan ini tidak boleh diterima sama sekali, untuk semua pihak yang berkenaan,” tegasnya.

Justeru, Baru memohon penjelasan daripada menteri yang bertanggun­gjawab termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri adakah kes ini adalah sedemikian dan jika benar, beliau memohon agar peluang pekerjaan dalam projek tersebut diperluask­an dan diberi keutamaan kepada rakyat Sarawak terlebih dahulu.

“Jika mereka tidak diberi peluang untuk bekerja, bagaimana projek ini memberi manfaat kepada mereka, dan bagaimana mereka akan mendapat pengalaman?

“Rakan-rakan usaha sama mungkin rakyat Sarawak tetapi dengan mengehad pengambila­n pekerja Sarawak itu sendiri, satu-satunya orang yang mendapat manfaat adalah majikan tempatan dan luar atau pekerja asing yang menghantar gaji mereka ke rumah,” jelasnya.

Dalam perkembang­an positif, Baru berkata ia sudah tentu memuaskan projek LPB sedang dijalankan selepas bertahun-tahun kelewatan.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia