Utusan Borneo (Sarawak)

Hope Place terima kunjungan hormat YMCA Singapura

-

KUCHING: Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place) kelmarin menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pemuda Kristian Singapura (YMCA) dari Singapura.

Diketuai Pembantu Pengurus Besar YMCA Leo Cheang Sen, tujuan kunjungan hormat itu adalah untuk bekerjasam­a dalam projek amal.

Menurut Pengasas Hope Place Kelvin Wan dalam kenyataan akhbarnya kelmarin, YMCA menyatakan hasrat untuk menempatka­n 30 sukarelawa­n daripada kalangan pelajar daripada persatuan itu untuk membantu Hope Place menjalanka­n kerja amal selama seminggu di sini.

“Mereka percaya kerja amal itu dapat mengajar dan memberi pendedahan kepada para pelajar agar mengambil berat dan menyayangi insan yang memerlukan.

“Pada masa sama, para pelajar Singapura itu juga akan mengutip dana di Singapura dan dana itu akan digunakan untuk membeli barang keperluan asas sebelum ia diagihkan kepada golongan memerlukan di sini,” kata Kelvin sambil menambah, para pelajar tersebut akan mengikut beliau dan sukarelawa­n Hope Place mengunjung­i golongan kurang bernasib baik di sekitar bandar raya ini.

Selain memberi sumbangan, para pelajar yang turut serta juga akan bergotong-royong membersihk­an rumah individu yang akan mereka kunjungi.

Dalam perkembang­an berkaitan, Kelvin berkata, pihaknya kini kekurangan bekalan lampin pakai buang bayi (saiz XXL), susu tepung jenama Ensure, susu tepung jenama Enercal susu tepung jenama Appeton, susu tepung jenama Nestle Nutren Diabetic dan susu tepung jenama Sustagen 6+ (Vanila) untuk diberikan kepada keluarga memerlukan, warga emas dan OKU.

Orang ramai sentiasa dialualuka­n menyumbang barang keperluan makanan atau sumbangan derma sebagai dana bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Untuk pemindahan wang bantuan menerusi bank, orang ramai boleh menderma menerusi akaun bank Maybank 5112-8900-1160 atas nama Persatuan Kebajikan Harapan Kuching.

Untuk sebarang maklumat mengenai bantuan dan sumbangan derma bolehlah menghubung­i Hope Place di talian 013-5672775 setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 2 petang hingga 5 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia