Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita rugi RM70,000 rumahnya dipecah masuk

-

KUCHING: Seorang wanita mengalami kerugian mencecah RM70,000 selepas rumahnya di Jalan Sungai Maong Tengah, di sini dipecah masuk malam kelmarin.

Mangsa berusia 34 tahun dikatakan hanya menyedari kejadian tersebut sebaik sahaja tiba di rumahnya dan mendapati keadaan berselerak serta pintu belakang telah dibuka secara paksa sekitar jam 10 malam.

M e n u r u t s u m b e r , pemeriksaa­n lanjut yang dijalankan mangsa telah mendapati koleksi barangan kemasnya yang dianggarka­n bernilai RM27,000 bersama pelbagai jam tangan ber- jenama dianggarka­n bernilai mencecah RM40,000 telah hilang dari simpananny­a.

“Selain koleksi barangan kemas dan jam tangan berjenama, turut didapati hilang dalam insiden tersebut ialah wang tunai serta barangan elektronik,” kata sumber.

Mangsa kemudian ditemani keluargany­a tampil membuat laporan berhubung kejadian di balai polis berhampira­n.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, seorang remaja telah diserahkan kepada polis selepas dia ditangkap ketika memecah masuk sebuah rumah di Kampung Kudei malam kelmarin.

Insiden berlaku apabila seorang penduduk kampung melihat suspek berusia 19 tahun di dalam rumah jirannya sekitar jam 11.30 malam dan segera memaklumka­n kepada jiran mereka yang lain.

Mereka kemudian bertindak dengan cepat untuk mengepung rumah tersebut dan berjaya menahan suspek ketika dia cuba melarikan diri.

Di antara barangan yang cuba dicuri oleh remaja tersebut dari rumah itu adalah dua tong gas, cerek dan beberapa bungkusan makanan.

Suspek kini masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia