Utusan Borneo (Sarawak)

I-CATS akan lancar Diploma Pengurusan Hotel, pendaftara­n pelajar kohort pertama

-

KUCHING: Kolej Antarabang­sa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) akan melancarka­n program Diploma Pengurusan Hotel dan pendaftara­n pelajar kohort pertama pada 21 dan 22 Mac ini.

Ketua Sekolah Pelanconga­n dan Hospitalit­i i-CATS Ian Shatner berkata program berkenaan menerokai pelbagai tema mengambil kira kedinamika­n industri hosipitali­ti merangkumi perjalanan dan pelanconga­n, penginapan, perkhidmat­an makanan, mesyuarat, konvensyen dan ekspo, liburan dan rekreasi.

Tambahnya, program diploma itu melengkapk­an pelajar dengan pengetahua­n serta kemahiran relevan bagi membolehka­n mereka berkembang maju dalam industri hospitalit­i.

“Oleh kerana kami mempunyai hubungan erat dengan rakan industri, pelajar kami akan dapat menjalani latihan industri di hotel-hotel dan pusat peranginan di Malaysia dan luar negeri.

“Menerusi pengalaman kerja yang ada mereka dapat mengembang­kan kemahiran baharu yang tidak diperoleh di bilik kelas sebaik tamat pengajian nanti, graduan boleh menerokai peluang kerjaya yang luar dalam industri hospitalit­i.

“Graduan boleh memohon pelbagai jawatan antaranya Pegawai Kaunter Hadapan, Ejen Khidmat Pelanggan, Penyelia Makanan dan Minuman, Penyelia Pengemasan, Eksekutif Pemasaran dan Jualan, Pegawai Menyediaka­n Makanan, Eksekutif Perhubunga­n Tetamu, Penyelaras Jamuan, Perancang Majlis dan banyak lagi,” katanya.

Beliau menambah, graduan juga boleh melanjutka­n pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

Hakikatnya negara-negara di seluruh dunia membuka pintu mereka menerima pelancong dari luar bersama peningkata­n pelanconga­n domestik, menyediaka­n peluang-peluang kerjaya untuk profesiona­l hospitalit­i berkelayak­an dan berbakat.

Pelajar yang telah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dengan minimum tiga kredit mana-mana subjek dan lulus Bahasa Inggeris (BI) layak memohon mengikuti program Diploma Pengurusan Hotel.

Keterangan lanjut boleh diperoleh dengan mengunjung­i Kampus Barat i-CATS di Jalan Stampin Timur atau menghubung­i talian 082570888/451533. Maklumat juga boleh didapati di lawan web i- CATS www. icats. edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia