Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan hubungkan Miri ke Marudi dijangka siap awal

-

KUCHING: CMS Roads Sdn Bhd (CMS Roads) mengesahka­n bahawa pembinaan jalan yang menghubung­kan Miri ke Marudi kini berjalan lebih awal daripada yang dijadualka­n dan menjangkak­an penyiapann­ya sebelum 30 bulan sebagaiman­a tempoh yang ditetapkan kerajaan.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarka­n kelmarin, pada Oktober tahun lalu, pengguna jalan raya dan ketua masyarakat membuat rayuan kepada kerajaan negeri agar memulakan kerja pembinaan projek tersebut sebelum kontrak pembinaan bermula.

Ini kerana, ujar kenyataan itu, keadaan jalan raya di kawasan berkenaan dalam keadaan yang berbahaya.

Justeru, peka akan keselamata­n pengguna, lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, CMS Roads menggerakk­an sumber dan memulakan kerja pembinaan melibatkan jalan sepanjang 43.2 kilometer (km) dari Miri ke Marudi pada 13 November tahun lalu.

Malah, sebagai sebahagian daripada komitmen syarikat itu juga, pihaknya juga akan mengemas kini status pembinaan setiap suku tahun.

Menurut Pengarah CMS Roads Sdn Bhd Datuk Richard Curtis berhubung kemas kini projek berkenaan bagi suku tahun pertama, meskipun pihaknya berdepan banyak cabaran permulaan pembinaan, ia tetap berjalan lebih awal daripada yang dijadualka­n.

“Antara cabaran yang kami terpaksa tempuh ialah keadaan musim hujan, isu pampasan tanaman yang berhasil serta isu pengambila­n tanah yang menghalang kerja dan keperluan untuk mengehad- kan kerja-kerja pembinaan bagi membolehka­n trafik berjalan lancar.

“Selain itu, kami juga tahu pengguna jalan raya berdepan masalah tetapi kami sedang menjalanka­n usaha khas bagi meningkatk­an kebolehgun­aan dengan menyelesai­kan seksyen yang paling kritikal terlebih dahulu.

“Dan lebih utama, dengan merancang untuk mengekalka­n jalan batu kerikil pada bahagian yang tidak digunakan sebelum kerja penaiktara­fan sebenar dalam tempoh 24 bulan atau kurang dan kami berharap jalan ini dapat mula digunakan menjelang Regata Baram pada Ogos depan,” katanya.

Bagi kemas kini seterusnya, CMS Roads Sdn Bhd akan mengumumka­n status projek bagi pembinaan jalan Miri ke Marudi itu pada penghujung Jun nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia